ad
EXCO

SIBS, SAS catat potensi transaksi perniagaan memberangsang sejak dilaksana

18 Nov 2024, 6:09 AM
SIBS, SAS catat potensi transaksi perniagaan memberangsang sejak dilaksana
SIBS, SAS catat potensi transaksi perniagaan memberangsang sejak dilaksana
SIBS, SAS catat potensi transaksi perniagaan memberangsang sejak dilaksana
SIBS, SAS catat potensi transaksi perniagaan memberangsang sejak dilaksana

SHAH ALAM, 18 NOV: Sidang Kemuncak Perniagaan Selangor (SIBS) mencatat potensi transaksi perniagaan memberangsangkan iaitu RM 22.8 billion sejak diperkenal pada 2015, kata EXCO pelaburan.

Ng Sze Han berkata Pameran Udara Selangor (SAS) turut meraih kejayaan sama dengan potensi transaksi perniagaan sebanyak RM6.23 billion sejak dianjurkan pada 2021.

[caption id="attachment_673775" align="aligncenter" width="812"] EXCO Pelaburan Perdagangan dan Mobiliti Ng Sze Han berucap sempena mesyuarat ketiga (bajet) penggal kedua Dewan Negeri Selangor ke-15 di Dewan Negeri Selangor pada 18 November 2024 . Foto REMY ARIFIN/MEDIA SELANGOR[/caption]

"Pertumbuhan pelaburan Kerajaan Negeri ditunjangi dua sektor iaitu perkilangan dan perkhidmatan. Antara usaha Kerajaan Negeri menarik pelaburan bagi kedua-dua sektor adalah melalui SIBS dan SAS yang dilaksana setiap tahun.

"Potensi transaksi perniagaan termasuk perjanjian persefahaman semasa kedua-dua program tersebut telah mencatatkan jumlah yang memberangsangkan sejak diperkenalkan, iaitu RM22.8 bilion bagi SIBS dan RM6.23 bilion bagi SAS.

"Malah, Kerajaan Negeri secara aktif sentiasa melaksanakan program- program promosi pelaburan dan misi lawatan penggalakkan pelaburan ke luar negara dan libat urus bersama dewan-dewan perniagaan dalam dan luar negara ," katanya dalam sidang Dewan Negeri Selangor (DNS) hari ini.

Dalam pada itu, beliau memaklumkan Kerajaan Negeri tidak menetapkan sebarang kriteria tertentu atau khusus kepada pelabur yang menyatakan hasrat melabur di Selangor selagi mematuhi syarat dan peraturan.

"Bagaimanapun keutamaan diberikan kepada pelaburan yang bernilai tinggi dan menawarkan gaji yang tinggi kepada rakyat Malaysia supaya Selangor dapat terus mencatatkan pertumbuhan ekonomi yang mampan dan berdaya maju," katanya.

[caption id="attachment_656870" align="aligncenter" width="802"] Pameran Sidang Kemuncak Perniagaan Antarabangsa Selangor (SIBS) 2024 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), Kuala Lumpur pada 25 Julai 2024. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/MEDIA SELANGOR[/caption]

SIBS dilaksana sejak 2015 merupakan platform perbincangan dan perkongsian maklumat kepada usahawan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) dengan rakan dan pembeli perdagangan dari dalam dan luar negara.

Tahun ini, SIBS dianjurkan dua kali pada Julai dan Oktober lalu bagi menampung permintaan yang semakin meningkat susulan sambutan menggalakkan terhadap penganjurannya tahun lepas.

Manakala SAS dianjur Invest Selangor kini memasuki edisi keempat tahun ini menampilkan 128 gerai, mewakili 88 syarikat dari tujuh negara iaitu Singapura, China, United Kingdom, Perancis, India, Australia, dan Kemboja.

Antara peserta berprofil tinggi adalah Textron Aviation, Dassault Aviation, Signum Aviation, dan Hindustan Aeronautics Limited.

Mula dianjur sejak 2021, SAS menjadi landasan Kerajaan Negeri menggalakkan pertumbuhan sektor aeroangkasa dan membantu syarikat tempatan serta usahawan kecil dan sederhana meneroka bidang itu.

[caption id="attachment_602617" align="aligncenter" width="813"] Orang ramai berpeluang melawat dan melihat pameran ketika mengunjungi Pameran Udara Selangor (SAS) di Pusat Penerbangan Wilayah Skypark (RAC), Bukit Jelutong pada 7 September 2023. Foto BERNAMA[/caption]

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.