AGENSI

AMK: Dana belia RM2.8 juta pastikan program lebih tersusun, menyeluruh

18 Nov 2024, 1:15 AM
AMK: Dana belia RM2.8 juta pastikan program lebih tersusun, menyeluruh

SHAH ALAM, 18 NOV: Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Selangor menyambut baik peningkatan peruntukan pembangunan belia kepada RM2.8 juta menerusi belanjawan negeri 2025.

Timbalannya Muhammad Iman Haziq berkata inisiatif itu diyakini memberi impak besar kepada program di peringkat akar umbi sekali gus membantu pembangunan belia.

“Peningkatan peruntukan Penggerak Belia Selangor (PeBS) dari RM5,000 kepada RM10,000 membuktikan komitmen terhadap pembangunan belia di negeri ini.

“Melalui tambahan dana ini, PeBS berpeluang memperluaskan skop aktiviti yang lebih inklusif, inovatif kepada anak muda Selangor selain membuka ruang untuk melibatkan lebih ramai belia,” katanya menerusi kenyataan.

Muhammad Iman Haziq turut menyeru anak muda mengambil peluang menyertai program PeBS sekali gus memanfaatkan sokongan diberi Kerajaan Negeri.

“Justeru, Angkatan AMK Selangor optimis untuk bersama menggerakkan inisiatif tersebut melalui program yang lebih mampan demi pembangunan anak muda Selangor yang lebih sejahtera dan progresif,” katanya.

Menerusi pembentangan Belanjawan Selangor 2025, Dato’ Menteri Besar mengumumkan peruntukan RM2.8 juta bagi memastikan kelangsungan pembangunan belia terus dilaksana hingga ke peringkat akar umbi.

Dato’ Seri Amirudin Shari berkata PeBS menghubungkan Kerajaan Negeri dan golongan belia sehingga ke peringkat zon ahli majlis.

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619