ad
AGENDA

Ibu selamat, anak lemas dihanyut arus deras sungai

18 Nov 2024, 12:11 AM
Ibu selamat, anak lemas dihanyut arus deras sungai

IPOH, 17 NOV: Seorang wanita berusia 20 tahun dikhuatiri lemas manakala ibunya yang berusia 48 tahun terselamat ketika mandi di sungai bersama ahli keluarga dalam kejadian di Sungai Air Berok, Jalan Padang Setang, Kampung Kerunai Gerik petang tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak Sabarodzi Nor Ahmad berkata mangsa dikenali sebagai Nur Arina Azizan dipercayai hanyut dibawa arus deras manakala ibunya diselamatkan orang awam dan dibawa naik ke tebing sebelum ketibaan pihak bomba.

“Bomba menerima panggilan pada 3.11 petang dan melaksanakan operasi mencari dan menyelamat (SAR) dengan menggunakan teknik mencari di permukaan air berdekatan lokasi mangsa dipercayai lemas.

“Turut terlibat ialah pasukan kayak daripada pasukan bomba sukarela Kampung Kerunai dengan sembilan kayak melaksanakan pencarian menyusuri sungai,” katanya dalam kenyataan malam ini.

Beliau berkata pencarian turut dibantu agensi lain termasuk pasukan Unit Anjing Pengesan (K9).

Bagaimanapun, operasi ditangguh 7 malam tadi dan akan disambung 8 pagi esok.

-- BERNAMA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.