AGENSI

Belanjawan 2025: Tajaan haji buka ruang lebih ramai tunai ibadah

17 Nov 2024, 8:25 AM
Belanjawan 2025: Tajaan haji buka ruang lebih ramai tunai ibadah
Belanjawan 2025: Tajaan haji buka ruang lebih ramai tunai ibadah
Belanjawan 2025: Tajaan haji buka ruang lebih ramai tunai ibadah

KAJANG, 17 NOV: Program tajaan ibadah haji kepada golongan berpendapatan rendah (B40) diteruskan tahun depan dengan peruntukan RM1.2 juta membuka ruang golongan berkenaan mengerjakan ibadah.

Seorang pesara swasta, Zuraidah Ibrahim, 61, berkata usaha itu salah satu cara untuk berikan golongan B40 peluang mengerjakan ibadah sama seperti orang lain.

[caption id="attachment_673610" align="alignleft" width="467"] Zuraidah Ibrahim[/caption]

"Mungkin mereka tidak mampu, tapi mereka dapat daripada tajaan. Itulah rezeki," katanya ketika ditemui di Masjid Hasanah Bandar Baru Bangi, semalam.

Bagi Junaidi Yusof, 52, usaha itu sangat bagus terutama buat golongan B40 yang biasanya ambil masa bertahun-tahun untuk mengumpul duit untuk pergi haji.

"Inisiatif ini sangat bagus, dapat beri orang kurang mampu mengerjakan haji. Untuk pemberian insentif mungkin dia (jemaah haji) boleh gunakan untuk persiapan yang dia perlu beli," katanya.

Sementara pesara sektor swasta, Mohd Yazid Sulaiman,62, menyambut baik tajaan haji itu turut berharap agar usaha itu diperluas pada masa akan datang.

[caption id="attachment_673608" align="alignright" width="510"] Yazid Sulaiman[/caption]

"Memang kita hargai sebab kos nak pergi haji saban tahun meningkat. Jadi kita pun kadang tak mampu. Kalau muassasah sekitar RM12,000 tahun ini. Kalau kita buat rayuan pun, B40 dikenakan RM30,000, jadi itu satu jumlah yang besar pada kami yang sudah bersara ini."

"Kalau dapat ditambah lagi kuota lagi bagus. Harap kuota itu diberikan kepada orang kali pertama dan umur yang dah lebih," katanya.

Dalam pembentangan Belanjawan Selangor 2025 Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari mengumumkan tajaan penuh kepada golongan B40 diteruskan tahun depan dengan peruntukan RM1.2 juta.

Selain itu, Amirudin juga memaklukan Insentif Muassasah Haji tahun ini yang dinaikkan kepada RM1,000 daripada RM500 sebelum ini akan diteruskan kepada jemaah tahun depan.

Inisiatif dilaksana Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI itu melibatkan peruntukan RM6 juta.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619