AGENSI

RM10 juta dana tuisyen percuma komitmen negeri tingkat mutu pendidikan

17 Nov 2024, 2:01 AM
RM10 juta dana tuisyen percuma komitmen negeri tingkat mutu pendidikan
RM10 juta dana tuisyen percuma komitmen negeri tingkat mutu pendidikan
RM10 juta dana tuisyen percuma komitmen negeri tingkat mutu pendidikan

HULU LANGAT, 17 NOV: Peruntukan RM10 juta dalam Belanjawan Selangor 2025 untuk melaksana Program Tuisyen Rakyat Selangor (PTRS) adalah komitmen Kerajaan Negeri meningkatkan mutu pendidikan.

Ketua Yayasan Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI Ahmad Azri Zainal Nor berkata dana itu akan memperluas pelaksanaan PTRS hingga ke peringkat sekolah rendah selain memberi penekanan membantu pelajar yang gagal menguasai kemahiran asas membaca, menulis dan mengira (3M).

“Saya gembira dan menghargai keprihatinan Dato’ Menteri Besar dan Kerajaan Negeri menerima cadangan Yayasan MBI untuk meluaskan program ke sekolah rendah tahun hadapan.

[caption id="attachment_673538" align="alignleft" width="374"] Ketua Yayasan Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI Selangor Ahmad Azri Zainal Nor bercakap kepada media ketika Majlis Penutup Karnival Yayasan MBI MiFOM Begonia 2024 di Semenyih, Hulu Langat pada 16 November 2024. Foto HAFIZ OTHMAN/MEDIA SELANGOR[/caption]

“Ia terbukti PTRS berjaya membantu pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) meningkatkan keputusan akademik dan usaha ini akan diteruskan melalui RM10 juta yang disedia pada tahun hadapan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui dalam program Karnival Bola Sepak anjuran Yayasan MBI di padang Serene Heights, Semenyih di sini, semalam.

Dato’ Seri Amirudin Shari dalam pembentangan Belanjawan 2025 mengumumkan Yayasan MBI menerima peruntukan tambahan RM3 juta bagi meneruskan program tuisyen percuma pada tahun depan.

Menurut beliau, dana tambahan itu menjadikan peruntukan keseluruhan PTRS adalah RM10 juta.

Seramai 130,000 pelajar tingkatan empat dan lima mengikuti pembelajaran percuma menerusi PTRS tahun ini.

PTRS adalah bantuan kelas tambahan bahasa Melayu, bahasa Inggeris, matematik, matematik tambahan, sains dan sejarah untuk pelajar daripada keluarga berpendapatan rendah yang prestasi pelajaran sederhana atau lemah.

[caption id="attachment_663144" align="aligncenter" width="1152"] Ketua Yayasan Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI Ahmad Azri Zainal Nor melakukan simbolik perasmian sempena Majlis Penyerahan Modul Program Tuisyen Rakyat Selangor (PTRS) di Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Saujana Putra pada 31 Julai 2024. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/MEDIASELANGOR[/caption]

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619