AGENDA

Sultan Selangor isytihar Gombak-Hulu Langat Geopark kebangsaan pertama Selangor

16 Nov 2024, 4:31 AM
Sultan Selangor isytihar Gombak-Hulu Langat Geopark kebangsaan pertama Selangor

SELAYANG, 16 NOV: Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor mengisytiharkan Gombak Hulu Langat (GHL) Geopark sebagai geopark kebangsaan pertama negeri ini.

Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj menyempurnakan pengisytiharan sempena Karnival Gua Damai, dekat sini sekali gus menjadikan kawasan mengandungi tapak warisan geologi itu sebagai geopark ke tujuh negara.

Turut hadir Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Nik Nazmi Nik Ahmad dan Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari.

Sementara itu, Niz Nazmi ketika sembah ucapan berkata GHL merupakan satu-satunya geopark berada dalam kawasan bandar dan membuktikan pembangunan negara tidak meminggirkan warisan berkepentingan.

Beliau berkata pengiktirafan kawasan berkenaan turut menyokong Agenda Pembangunan Nasional dan Matlamat Pembangunan Mampan 2030 bawah naungan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

“Usaha ini juga menjadi satu lagi pencapaian besar Selangor dan bukti kita memelihara kelestarian alam semula jadi dan menguruskan kawasan yang memiliki nilai geotapak luar biasa dengan lestari,” katanya.

GHL Geopark yang merupakan antara tarikan eko pelancongan negeri ini merangkumi kawasan seluas 112,955 hektar merentasi daerah Gombak dan Hulu Langat.

Menampilkan 31 geotapak, 20 daripadanya telah diiktiraf sebagai kawasan pelancongan eko dan geo berikutan landskap semula jadi selain geologinya kekal terpelihara.

Pada 2022, GHL Geopark menjalani proses penilaian kebangsaan dan memperoleh pengiktirafan sebagai geopark yang ke tujuh di Malaysia.

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619