ad
AGENDA

Kertas putih AI nilai risiko, keselamatan siber dibentang tahun depan

15 Nov 2024, 2:17 PM
Kertas putih AI nilai risiko, keselamatan siber dibentang tahun depan

SHAH ALAM, 15 NOV: Selangor akan mengemukakan kertas putih kecerdasan buatan (AI) merangkumi usaha meningkatkan kecekapan khidmat kerajaan dalam sidang Dewan Negeri tahun depan.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkata kertas tersebut turut menyentuh kapasiti mengaudit teknologi itu selain menilai kaedah AI sebagai pelengkap komuniti pekerja.

Antara elemen lain ialah:

-Meneliti impak kecerdasan buatan terhadap kesenjangan pendapatan, keupayaan, dan pendidikan

-Keselamatan siber dan maklumat peribadi serta mengekang kesilapa maklumat, info palsu serta salah guna maklumat

-Menilai keseluruhan risiko AI termasuk terhadap kesihata mental, kemudaratan fizikal, hak asasi serta keselamatan rakyat

-Mengangkat prinsip keadilan, akauntabiliti, tadbir urus, ketelusan dan ketahanan

-Meningkatkan kepercayaan rakyat terhadap sistem dan penggunaan AI

Beliau berkata semua aspek berkenaan akan menjadi hala tuju pembangunan AI dan bakal diterajui barisan pakar daripada Institut Kajian Selangor.

Terdahulu, ketika membentang Belanjawan 2025, Amirudin berkata negeri ini bakal menubuhkan pembangunan Pusat Inkubator AI yang menawarkan program pendidikan dan persijilan tertentu.

Beliau mencadangkan pusat itu dikendali Pusat Pembangunan Kemahiran dan Teknikal Selangor (STDC) menerusi Selangor International Innovation Centre of Excellence.

Selain pusat berkenaan, Kerajaan Negeri turut membangunkan Program AI Trailblazer Google, dikenali sebagai Inisiatif AI Trailblazers iaitu inisiatif mempromosi inovasi AI generatif dalam sektor perniagaan dan awam.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.