AGENDA

Cegah bah: RM500,000 bina kolam takungan, RM4 juta naik taraf benteng pantai

15 Nov 2024, 12:23 PM
Cegah bah: RM500,000 bina kolam takungan, RM4 juta naik taraf benteng pantai

SHAH ALAM, 15 NOV: Isu bah di Sungai Gong, Gombak bakal diatasi dengan pembangunan projek kolam takungan banjir di Rawang Integrated, melibatkan kos RM500,000.

Membentangkan Belanjawan 2025, Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari berkata projek dilaksana Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Selangor.

Amirudin menambah fenomena air pasang besar yang berlaku baru-baru ini menjejaskan benteng di kawasan pesisiran pantai, terutama di Sabak Bernam dan Kuala Selangor.

Justeru, Kerajaan Negeri memperuntuk RM4 juta tahun depan bagi pelaksanaan projek naik taraf benteng pantai di kawasan terjejas akibat fenomena air pasang besar itu.

Pada 5 November lalu, Yayasan Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI menyerahkan bantuan wang tunai kepada tujuh keluarga di sekitar Sungai Air Tawar, Sabak Bernam, yang terkesan bencana ribut dan banjir pada Julai.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619