AGENDA

Sedia 819 unit rumah Skim Smart Sewa pada harga berpatutan

15 Nov 2024, 12:17 PM
Sedia 819 unit rumah Skim Smart Sewa pada harga berpatutan

SHAH ALAM, 15 NOV: Sebanyak 819 unit rumah Skim Smart Sewa disediakan tahun depan membabitkan peruntukan RM282.5 juta, kata Dato’ Menteri Besar.

Dato’ Seri Amirudin Shari berkata menerusi skim berkenaan, penduduk ditawar menyewa di kawasan selamat dan selesa selain berpeluang menyimpan wang bagi bayaran pendahuluan membeli kediaman sendiri.

“Bayaran sewa juga berpatutan malah mereka juga akan menerima pulangan balik 30 peratus daripada bayaran sewa dibuat,” katanya ketika membentang Belanjawan Selangor 2025.

Amirudin menjelaskan sejak diperkenalkan, RM480 juta diperuntuk dengan sasaran 3,000 unit bagi membantu golongan berpendapatan rendah (B40) dan berpendapatan sederhana (M40) menyewa pada kadar berpatutan.

“Skim mengutamakan mereka yang belum memiliki rumah atau menghadapi kesukaran mendapat pembiayaan atau pinjaman dalam pemilikan rumah,” katanya.

Menjelang 2026, pentadbiran negeri menyasarkan 6,000 unit rumah mampu milik bawah Skim Smart Sewa disediakan bagi membantu rakyat memiliki kediaman.

Setakat ini hampir 2,000 unit rumah diletakkan bawah skim berkenaan dan menerima sambutan baik berikutan kadar sewa dikenakan berpatutan.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619