AGENDA

RM2 juta bangun pelan induk pengurusan air Selangor

15 Nov 2024, 11:53 AM
RM2 juta bangun pelan induk pengurusan air Selangor

SHAH ALAM, 15 NOV: Kerajaan Negeri berhasrat membangunkan Pelan Induk Pengurusan Air Negeri Selangor dengan memperuntuk RM2 juta.

Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari berkata pelan induk di bawah projek Skim Jaminan Air Mentah (SJAM) dijadual siap pada 2026.

"Kerajaan Negeri berhasrat meneruskan pelaksanaan SJAM termasuk membuat penyediaan menghadapi musim kemarau yang dijangka bermula pada 2025.

"Di bawah SJAM, Pelan Induk Pengurusan Air Negeri Selangor akan dibangunkan bagi memastikan hala tuju pengurusan air yang mampan meliputi pengurusan banjir, air mentah, air terawat, air kumbahan termasuk penggunaan tenaga lestari," katanya ketika membentangkan Belanjawan Selangor 2025.

Sementara itu, dana RM12 juta diperuntuk bagi membiayai baki kerja-kerja pembinaan infrastruktur pengepaman di Sungai Selangor dan Sungai Semenyih termasuk penyediaan akaun muktamad.

"Manakala RM1 juta diperuntukkan bagi penyediaan hak milik sambungan bagi tanah-tanah yang terlibat di dalam projek pembangunan loji rawatan air Labohan Dagang," katanya.

SJAM yang diperkenal menerusi Belanjawan Selangor 2021 bertujuan menangani insiden pencemaran sungai dan kekurangan air mentah di negeri itu.

Ia turut melibatkan inisiatif rondaan dan pemantauan proaktif 24 jam yang digerakkan Pasukan Tindakan Segera (PANTAS) Lembaga Urus Air Selangor (LUAS).

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619