AGENDA

Projek WTE di Jeram, Tanjung Dua Belas wujud lebih 2,500 peluang kerja

15 Nov 2024, 9:19 AM
Projek WTE di Jeram, Tanjung Dua Belas wujud lebih 2,500 peluang kerja

SHAH ALAM, 15 NOV: Dua projek pembangunan Pusat Pengurusan Sisa Pepejal Bersepadu (ISWMC) dilengkapi fasiliti sisa kepada tenaga (WTE) mewujudkan lebih 2,500 peluang pekerjaan.

Dato' Menteri Besar berkata Worldwide Holdings Berhad dilantik menerajui kedua-dua projek WTE di Jeram, Kuala Selangor dan Tanjung Dua Belas, Kuala Langat.

Menurut Dato' Seri Amirudin Shari, WTE ISWMC Jeram yang dibina sejak 2022 dijangka mula beroperasi tahun depan manakala projek di Tanjung Dua Belas yang mula bina awal tahun depan dijangka beroperasi 2027.

"Projek WTE ISWMC ini dijangka akan mewujudkan 500 peluang pekerjaan kepada tenaga kerja mahir dan separa mahir tempatan serta mewujudkan lebih 2,000 peluang pekerjaan sewaktu fasa pembinaan projek," katanya ketika membentangkan Belanjawan Selangor 2025.

Pembangunan pengurusan sisa pepejal berteknologi tinggi seperti WTE antara inisiatif di bawah Teras Kelestarian Rancangan Selangor Pertama (RS-1) yang menyokong pembangunan kelestarian negeri ke arah menjadikan Selangor negeri bebas karbon dan pertumbuhan hijau yang pesat.

Ia juga menyokong hasrat Kerajaan Negeri mencapai aspirasi menjadi negeri yang neutral karbon seawal 2050.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619