AGENDA

Bangunkan ladang solar skala besar di Bernam Jaya, tarik pelaburan asing

15 Nov 2024, 8:25 AM
Bangunkan ladang solar skala besar di Bernam Jaya, tarik pelaburan asing

SHAH ALAM, 15 NOV: Ladang solar berskala besar di Bernam Jaya dengan kapasiti 150MWp bakal dibangunkan di bawah Projek Solar: Payung, kata Dato' Menteri Besar.

Dato' Seri Amirudin Shari berkata projek ini melibatkan kerjasama antara Worldwide Holdings Berhad (WHB) dan TNB Renewables Sdn Bhd, anak syarikat Tenaga Nasional Berhad.

"Dalam projek solar berskala besar itu WHB turut menyertai bidaan Large Scale Solar pusingan ke-5 (LSS5) dengan kapasiti melebihi 500MWp.

"Jika berjaya dimenangi, projek itu akan turut membawa masuk pelaburan langsung asing (FDI) ke Selangor," katanya membentangkan Belanjawan Selangor 2025.

Pembangunan taman solar berskala besar antara inisiatif yang digariskan dalam Rancangan Selangor Pertama (RS-1) bagi menghasilkan tenaga boleh diperbaharui dalam usaha menangani isu perubahan iklim.

Kerajaan Selangor sebelum ini turut mengenal pasti lokasi untuk membina ladang solar berskala besar, terutamanya di kolam-kolam terbiar serata negeri.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619