Laluan terjejas tanah runtuh di Cameron Highlands dibuka, selamat dilalui

13 Nov 2024, 11:44 AM
Laluan terjejas tanah runtuh di Cameron Highlands dibuka, selamat dilalui

KUANTAN, 13 NOV: Laluan di Kilometer (KM) 54, Jalan Besar Tanah Rata-Ringlet di Cameron Highlands yang terjejas akibat tanah runtuh dan pokok tumbang pada 4 petang tadi telah dibuka kepada semua jenis kenderaan dan selamat untuk dilalui.

Ketua Polis Daerah Cameron Highlands Supt Azri Ramli berkata insiden itu menyebabkan laluan tersebut terhalang dan tidak dapat dilalui oleh kenderaan selama dua jam.

“Kira-kira 4 petang tadi, bilik gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Cameron Highlands telah menerima panggilan daripada orang awam memaklumkan terdapat satu kejadian tanah runtuh dan pokok tumbang di KM 54.

“Tiada sebarang kemalangan jiwa berlaku dan kerja-kerja pembersihan dilaksanakan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) dan pasukan bomba Pahang. Laluan telah dibuka untuk semua kenderaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau turut menasihatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi berkaitan kejadian itu dan mereka yang mempunyai sebarang maklumat diminta menghubungi bilik gerakan Balai Polis Cameron Highlands di talian 05-4915999.

-- BERNAMA

 

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619