ad
AGENSI

MB: Ketua jabatan perlu pantas adaptasi persekitaran, cekap beri tindak balas

13 Nov 2024, 5:10 AM
MB: Ketua jabatan perlu pantas adaptasi persekitaran, cekap beri tindak balas

SHAH ALAM, 13 NOV: Semua ketua jabatan di Selangor perlu beradaptasi kepada persekitaran dengan pantas serta cekap bertindak balas terhadap isu yang berlaku di sekeliling mereka.

Pesanan tersebut disampaikan Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari dalam satu pertemuan suai kenal ringkas bersama beberapa ketua jabatan baharu dalam pentadbiran negeri.

“Selain suai kenal ringkas, saya mendengar input daripada mereka terkait hal-hal berkaitan di bawah kapasiti masing-masing.

“Selamat berkhidmat saya ucapkan dan sama-sama kita memacu agenda #KitaSelangor demi kemajuan negeri tercinta ini secara menyeluruh,” katanya menerusi Facebook, hari ini.

Antara kakitangan awam terlibat ialah Pegawai Daerah Petaling Huzunul Khaidil Mohammed, Pegawai Daerah Kuala Langat Tengku Rohana Tengku Nawawi dan Pegawai Daerah Sabak Bernam Ali Sadikin Sadim.

Turut serta dalam program ringkas itu ialah Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Selangor Dato' Mohd Nazri Yasmin, Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Selangor Muhammad Hafiz Abdul Rahim dan Bendahari Negeri Selangor Mohd Sabree Yaakub.

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.