AGENDA

Dewan Rakyat tumpu usaha perkemas Akta Komunikasi, rumah mampu milik

13 Nov 2024, 12:27 AM
Dewan Rakyat tumpu usaha perkemas Akta Komunikasi, rumah mampu milik

KUALA LUMPUR, 13 NOV: Usaha memperkemas Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 berhubung penggunaan tidak wajar kemudahan atau perkhidmatan rangkaian antara yang akan dibincangkan pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Menurut Aturan Urusan Mesyuarat, Dr Kelvin Yii Lee Wuen (PH-Bandar Kuching) meminta Menteri Komunikasi menyatakan pelan untuk mengkaji dan memperkemas Seksyen 233 bagi memastikan skop dan penggunaannya tidak memberi ruang disalahgunakan, pada sesi soal jawab lisan.

Datuk Willie Mongin (GPS-Puncak Borneo) pul ameminta Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan menyatakan dasar serta strategi kementerian untuk menangani kenaikan harga hartanah dan kekurangan rumah mampu milik (RMM).

Turut menarik perhatian, soalan Datuk Seri Sh Mohmed Puzi Sh Ali (BN-Pekan) mengenai kesediaan kerajaan untuk melaksanakan penggunaan teknologi kecerdasan buatan (AI) yang menyeluruh dalam sektor ketenteraan bagi memperkukuh keupayaan pertahanan Malaysia.

Usai sesi berkenaan, persidangan diteruskan dengan penggulungan perbahasan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan (Belanjawan) 2025 peringkat jawatankuasa oleh kementerian-kementerian.

Semalam, Dewan Rakyat meluluskan RUU Perbekalan 2025 di peringkat dasar selepas dibahaskan bermula 21 Okt lepas.

Persidangan Dewan Rakyat kali ini berlangsung selama 35 hari bermula 14 Okt hingga 12 Dis ini.

-BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619