AGENDA

PM: Pengambilan pelajar ke Institut Bahasa Arab Al-Azhar bermula tahun depan

12 Nov 2024, 2:54 PM
PM: Pengambilan pelajar ke Institut Bahasa Arab Al-Azhar bermula tahun depan

KAHERAH, 12 NOV: Pengambilan pertama pelajar bagi mengikuti kursus intensif bahasa Arab di Institut Bahasa Arab Al-Azhar di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) akan bermula awal tahun depan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata pelaksanaan program bahasa Arab itu adalah sebagai persediaan untuk pelajar Malaysia yang akan melanjutkan pengajian di Universiti Al-Azhar.

Anwar berkata Sheikh Al-Azhar Al-Sharif Prof Dr Ahmad Muhammad Ahmad At-Tayyeb bersetuju pelaksanaannya dipercepatkan bagi membolehkan pelajar meningkatkan kemahiran bahasa Arab mereka sebelum berlepas ke Mesir.

“Pelajar, pengusaha, profesional akan memanfaatkan kemudahan itu dengan kos yang sangat rendah kerana kerajaan Malaysia akan menyediakan tempat dan Universiti Al-Azhar menyediakan profesor dan pensyarah atas biayaan mereka.

“Ini satu yang akan memberi manfaat sangat tinggi kepada kita. Ini menunjukkan satu keyakinan Sheikh Al-Azhar dan Universiti Al-Azhar keseluruhannya kepada kita,” katanya kepada wartawan Malaysia pada akhir lawatan rasminya ke Mesir, hari ini.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619