AGENSI

Meru, Bandar Bukit Raja antara lima kawasan dilanda banjir kilat di Klang

12 Nov 2024, 8:09 AM
Meru, Bandar Bukit Raja antara lima kawasan dilanda banjir kilat di Klang
Meru, Bandar Bukit Raja antara lima kawasan dilanda banjir kilat di Klang
Meru, Bandar Bukit Raja antara lima kawasan dilanda banjir kilat di Klang

SHAH ALAM, 12 NOV: Lima kawasan di daerah Klang dilanda banjir kilat berikutan hujan lebat berterusan sejak pagi tadi, kata pegawai daerahnya.

Amri Ismail memaklumkan kawasan itu ialah di Bandar Bukit Raja, Kampung Batu Belah, Rantau Panjang, Meru dan Padang Jawa.

“Semua kawasan ini dilanda banjir kilat kerana hujan lebat sejak awal pagi dan tindakan diambil dengan menggerakkan anggota keselamatan bagi memantau selain memastikan keadaan terkini.

“Bagaimanapun keadaan selamat dan banjir kilat mula surut berikutan hujan berhenti bermula jam 12 tengah hari. Buat masa ini, tiada pusat pemindahan sementara dibuka,” katanya kepada SelangorKini.

Beliau turut memaklumkan pihak pengurusan bencana daerah giat membuat hebahan dengan mengeluarkan poster amaran monsun timur laut dan fenomena air pasang besar.

Untuk pertanyaan orang ramai boleh menghubungi Bilik Gerakan Bencana Pejabat Daerah dan Tanah Klang di talian 03-3382 9292 atau Whatsapp Helpline 016-2584350.

Dalam pada itu, menerusi perkongsian jadual fenomena monsun timur laut oleh Pusat Operasi Bencana (DDOC) Klang, air pasang surut dan besar dijadual bermula 11 hingga 17 November.

Berdasarkan infografik, bacaan paras air paling tinggi dijangka mencecah 5.5 meter pada 15 hingga 17 November di beberapa tempat bermula jam 5.07 pagi.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619