AGENDA

Sistem harga dua peringkat mekanisme terbaik laksana subsidi RON95

12 Nov 2024, 5:02 AM
Sistem harga dua peringkat mekanisme terbaik laksana subsidi RON95
Sistem harga dua peringkat mekanisme terbaik laksana subsidi RON95

SHAH ALAM, 12 NOV: Kaedah harga dua peringkat dikenal pasti mekanisme terbaik dalam pelaksanaan subsidi minyak RON95 berbanding kaedah levi dan tunai, kata menteri ekonomi.

Menurut Rafizi Ramli, pelaksanaannya akan terus diperhalusi bagi meminimumkan risiko operasi di stesen minyak apabila penyasaran subsidi itu bermula pada pertengahan 2025.

Beliau menambah kaedah levi juga dikhuatiri akan menimbulkan risiko keciciran dalam kalangan isi rumah terendah di negara ini, iaitu kumpulan B60.

"Secara kasarnya, 40 peratus keluarga B60 itu tidak ada pendaftaran pemilikan kenderaan bersama Jabatan Pengangkutan Jalan. Kita sudah melalui perkara ini semasa pelaksanaan penyasaran diesel.

"Individu guna nama orang lain dan data tidak sepadan dikesan akibat amalan di bawah, orang sambung bayar atau ibu bapa beli untuk orang lain atau guna nama orang lain,” katanya.

[caption id="attachment_668583" align="aligncenter" width="814"] Tinjauan harga petrol di pam minyak sekitar Kuala Lumpur pada 17 Oktober 2024. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/MEDIASELANGOR[/caption]

Beliau menjawab soalan tambahan Ahli Parlimen Pulai Suhaizan Kaiat berhubung pandangan kerajaan mengenai kaedah levi petrol dalam penyasaran subsidi RON95 di Dewan Rakyat hari ini.

Pada masa sama, Rafizi yang juga wakil rakyat Pandan berkata bayaran tunai terus kepada pengguna layak pernah dipertimbang, namun ia berisiko menyebabkan kenaikan harga barang.

“Secara umum, ahli ekonomi berkata bahawa bayaran tunai itu lebih baik kerana tidak melibatkan operasi di stesen minyak dan pastikan kelancaran pembelian minyak.

“Tetapi apabila kerajaan lihat risiko kenaikan harga barang kerana kita sedia maklum harga minyak naik, keutamaan kerajaan ialah mengawal inflasi berbanding kaedah lain,” jelasnya lagi.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619