AGENDA

Belanjawan negeri dibentang Jumaat, laporan langsung di Media Selangor

12 Nov 2024, 3:30 AM
Belanjawan negeri dibentang Jumaat, laporan langsung di Media Selangor
Belanjawan negeri dibentang Jumaat, laporan langsung di Media Selangor

SHAH ALAM, 12 NOV: Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari dijadual membentang belanjawan negeri 2025 pada 15 November ini, jam 3 petang.

Berlangsung di Bangunan Annex, Dewan Negeri Selangor (DNS), laporan berita boleh diikuti melalui portal selangorkini.my, Selangor JournalSelangorkini Mandarin dan Selangorkini Tamil

Orang ramai boleh menonton siaran langsung menerusi https://selangortv.my/ dan Facebook MediaSelangor.

Pembentangan juga disiarkan melalui media sosial Media Selangor seperti Instagram, X, Telegram, TikTok selain di MYTV MANA-MANA.

Pada 30 Oktober, Dato’ Menteri Besar berkata belanjawan negeri tahun depan menggariskan beberapa inisiatif khusus bagi memacu ekonomi serta menarik pelaburan ke negeri ini.

Amirudin berkata berkata usaha berterusan perlu dilakukan untuk meneruskan momentum negeri sebagai penyumbang ekonomi terbesar negara sekali gus menjamin limpahan manfaat dinikmati rakyat.

Sebelum ini, Speaker DNS Lau Weng San berkata pembentangan Belanjawan Selangor 2025 bersekali dengan sidang dewan yang dijadual berlangsung sehingga 29 November.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619