AGENDA

Belanjawan Selangor 2025: Harap tumpuan lebih kepada pendidikan Orang Asli

11 Nov 2024, 7:30 AM
Belanjawan Selangor 2025: Harap tumpuan lebih kepada pendidikan Orang Asli
Belanjawan Selangor 2025: Harap tumpuan lebih kepada pendidikan Orang Asli

SHAH ALAM, 11 NOV: Belanjawan Selangor 2025 diharap memberi lebih tumpuan kepada pembangunan Orang Asli terutama aspek pendidikan.

EXCO hal ehwal Orang Asli yakin akses pendidikan yang baik mampu mengubah taraf hidup dan menjamin masa depan golongan berkenaan.

[caption id="attachment_656757" align="aligncenter" width="743"] EXCO Hal Ehwal Orang Asli V Papparaidu ketika sidang media sempena sambutan Hari Orang Asli Sedunia  di pejabatnya di pusat pentadbiran negeri, Shah Alam pada 8 Ogos 2024. Foto SHUHAILA SHAHRUL ANWAR/MEDIA SELANGOR[/caption]

"Saya minta soal pendidikan Orang Asli terutamanya perlu diberi perhatian kerana ia bakal menjamin kelangsungan hidup mereka.

"Dalam beberapa pertemuan dengan Dato’ Menteri Besar, saya sering menekankan perkara itu dan diharap ia dapat dizahirkan dalam Belanjawan Selangor 2025," kata V Papparaidu ketika dihubungi.

Selain itu, katanya peluang pekerjaan bergaji tinggi diharap turut menjadi tumpuan dalam belanjawan negeri untuk terus menyuntik kepesatan ekonomi.

Dato’ Seri Amirudin Shari dijadual membentang Belanjawan Selangor 2025 pada 15 November ini, jam 3 petang di Bangunan Annex, Dewan Negeri Selangor (DNS).

Laporan belanjawan boleh diikuti melalui portal selangorkini.my, Selangor JournalSelangorkini Mandarin dan Selangorkini Tamil.

Orang ramai juga boleh menonton siaran langsung menerusi https://selangortv.my/ dan Facebook MediaSelangor.

Pembentangan juga disiarkan melalui media sosial Media Selangor seperti Instagram, X, Telegram, TikTok selain di MYTV MANA-MANA.

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619