EXCO

EXCO: Semak tawaran kerja luar negara, elak terjerat dengan sindiket

11 Nov 2024, 7:12 AM
EXCO: Semak tawaran kerja luar negara, elak terjerat dengan sindiket
EXCO: Semak tawaran kerja luar negara, elak terjerat dengan sindiket

SHAH ALAM, 11 NOV: Orang ramai khususnya warga Selangor diminta berwaspada dengan tawaran pekerjaan terutama yang menjanjikan gaji lumayan di luar negara.

EXCO Sumber Manusia V Papparaidu berkata ia bagi mengelak mereka terjerat dengan sindiket penipuan pekerjaan yang akhirnya memudaratkan diri.

“Orang ramai perlu buat semakan menyeluruh sebelum menerima tawaran kerja terutama di luar negara dan merujuk pihak berkuasa berkaitan sekiranya terdapat perkara meragukan.

[caption id="attachment_651605" align="alignleft" width="432"] EXCO Sumber Manusia dan Pembasmian Kemiskinan, Papparaidu Veraman menjawab soalan dalam Persidangan Dewan Negeri Selangor ke-15 di Bangunan Annex, Shah Alam pada 10 Julai 2024. Foto HAFIZ OTHMAN/MEDIA SELANGOR[/caption]

“Gunakan segala sumber yang ada untuk membuat semakan. Jangan terus pergi sahaja tanpa selidik latar belakang syarikat dan sebagainya,” katanya.

Kementerian Luar menerusi kenyataan pada 1 November memaklumkan, pihaknya melalui Kedutaan Besar Malaysia di Phnom Penh, berjaya memudah cara kepulangan 11 rakyat Malaysia yang menjadi mangsa sindiket penipuan pekerjaan di Sihanoukville, Kemboja.

Kementerian itu turut mengingatkan rakyat Malaysia yang berhasrat mencari pekerjaan di luar negara agar berwaspada dan menyemak terlebih dahulu kesahihan pekerjaan ditawarkan.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619