AGENDA

Anwar lakukan kunjungan hormat ke atas Presiden El-Sisi

10 Nov 2024, 12:37 PM
Anwar lakukan kunjungan hormat ke atas Presiden El-Sisi

KAHERAH, 10 NOV: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengadakan kunjungan hormat ke atas Presiden Mesir Abdel Fattah El-Sisi di Istana Istana Al-Ittihadiya, sempena lawatan rasminya ke Mesir.

Anwar dalam satu kenyataan di sini pada Ahad berkata dalam pertemuannya bersama El-Sisi, mereka menyentuh pelbagai perkara dalam usaha memperkukuh hubungan strategik kedua-dua negara.

“Hubungan ini meliputi soal kerjasama dalam bidang pelaburan dan perdagangan, minyak sawit, industri halal, pendidikan, pelancongan, kesihatan serta sumber asli dan tenaga boleh baharu.

“Perbincangan kami turut menyentuh soal BRICS, yang Malaysia menghargai usaha Mesir dalam menyokong penyertaan negara sebagai rakan kerjasama,” kata beliau dalam kenyataan yang dikeluarkan sejurus selepas mesyuarat dua hala kedua-kedua pemimpin.

Anwar berkata dalam pertemuan itu juga, beliau dan El- Sisi turut membincangkan situasi di Palestin dan Malaysia menyanjung usaha Mesir bersama Qatar dan Amerika Syarikat, yang bertindak selaku perantara dalam menoktahkan penindasan oleh rejim zionis Israel.

Beliau berkata turut dibincangkan ialah mengenai situasi kian meruncing di Lubnan, yang berkemungkinan boleh mengakibatkan konflik lebih meluas di timur tengah.

“Kami bersetuju bahawa kedua-dua negara mesti memainkan peranan yang lebih proaktif dan tegas dalam memastikan keganasan dihentikan dan nyawa diselamatkan serta keadilan sejagat mesti ditegakkan.

“Mendoakan semoga hubungan Malaysia dan Republik Rakyat Mesir mesti terus mekar dan diperkuat demi manfaat rakyat kedua-dua negara,” kata beliau.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619