AGENDA

Pembinaan Kompleks Sukan Shah Alam ikut jadual, kerja roboh capai 45 peratus

6 Nov 2024, 10:00 AM
Pembinaan Kompleks Sukan Shah Alam ikut jadual, kerja roboh capai 45 peratus

SHAH ALAM, 6 NOV: Pembinaan Kompleks Sukan Shah Alam (KSSA) membabitkan kawasan seluas 76.08 hektar kini berjalan mengikut jadual.

KSSA memaklumkan kerja perobohan mencapai tahap pada 45 peratus dan pembinaan kemudahan asas moden akan dibuat dalam waktu terdekat.

“Stadium ini bukan sahaja menawarkan pengalaman baharu buat peminat bola sepak tempatan malah menyediakan ruang yang meriah bagi acara tahunan buat komuniti setempat.

“KSSA memahami kerja pembinaan boleh mendatangkan gangguan. Kami kerjasama rapat dengan kontraktor dan pihak berkuasa bagi memastikan bunyi bising dan debu terkawal,” ciapnya di laman X.

Pembangunan semula KSSA dibuat berikutan kos baik pulih dianggar menelan belanja RM787 juta. Sebanyak RM56 juta digunakan bagi menyelenggara dan membaiki kerosakan antara 2013 hingga 2022.

KSSA bakal meliputi pelbagai kemudahan untuk orang awam berekreasi selain mengadakan kegiatan komersial antaranya 40 peratus kawasan rekreasi awam dan 60 peratus untuk sukan termasuk gelanggang ‘indoor’, dewan serba guna, hotel, masjid, ruang acara dan ruang jualan.

Pembinaannya mengambil kira pelbagai faktor termasuk isu kekerapan banjir selain stadium bertaraf antarabangsa, kapasiti 35,000 ke 45,000 penonton dan boleh berfungsi serta mengendali pelbagai acara termasuk konsert.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619