AGENDA

Isu kos sara hidup, sijil halal antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini

6 Nov 2024, 12:29 AM
Isu kos sara hidup, sijil halal antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini

KUALA LUMPUR, 6 NOV: Isu kos sara hidup rakyat, konflik manusia dan harimau serta sijil halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) antara perkara yang akan dibincangkan pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Menurut Aturan Urusan Mesyuarat di laman sesawang Parlimen, Datuk Seri Dr Shahidan Kasim (PN-Arau) meminta Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup menyatakan komitmen kerajaan dalam memberi tumpuan kepada usaha menangani kebimbangan rakyat dalam soal kos sara hidup yang semakin meningkat pada sesi soal jawab.

Beliau juga ingin tahu mengenai usaha kerajaan dalam menangani masalah kartel serta monopoli yang mempengaruhi kenaikan harga barang dan perancangan rentas kementerian bagi menangani kos sara hidup rakyat.

Pada sesi sama, Syerleena Abdul Rashid (HARAPAN-Bukit Bendera) bertanyakan kepada Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam mengenai tindakan yang perlu dilakukan apabila berlaku situasi harimau masuk ke kawasan penempatan awam dalam menangani konflik antara manusia dan harimau.

Datuk Idris Ahmad (PN-Bagan Serai) pula meminta Perdana Menteri menyatakan tindakan proaktif kerajaan selain kempen kesedaran umum terhadap premis makanan dan minuman terbuka yang masih belum mendapat sijil halal JAKIM terutamanya melibatkan premis yang sering dikunjungi oleh orang ramai termasuk orang Islam.

Usai sesi itu, persidangan diteruskan dengan sesi penggulungan perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan (Belanjawan) 2025 peringkat dasar oleh menteri daripada setiap kementerian.

Persidangan Dewan Rakyat kali ini berlangsung selama 35 hari bermula 14 Okt hingga 12 Dis depan.

-BERNAMA

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619