AGENDA

Polis tahan penoreh getah cabul kakak ipar di rumah mentua

4 Nov 2024, 3:17 PM
Polis tahan penoreh getah cabul kakak ipar di rumah mentua

JEMPOL, 4 NOV: Polis hari ini menahan seorang lelaki yang disyaki mencabul kakak iparnya di Felda Palong 11, Gemas di sini pada 30 Okt lepas.

Ketua Polis Daerah Jempol Superintenden Hoo Chang Hook berkata insiden itu berlaku pada kira-kira 6 petang semasa mangsa yang berusia 26 tahun berada di rumah mentuanya.

"Suspek yang bekerja sebagai penoreh getah dilaporkan masuk ke dalam bilik mangsa lalu mencabulnya sebelum keluar dari rumah dengan menunggang motosikal.

"Mangsa sudah berada di rumah mentuanya itu sejak sebulan lepas dan mendakwa sebelum ini, suspek tidak pernah mengganggunya. Ini merupakan kali pertama," menurutnya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata semasa kejadian, hanya mangsa yang juga ibu kepada tiga anak dan adik iparnya berada di rumah itu.

Hoo berkata suspek yang ditahan pada 12.45 tengah hari di depan sebuah rumah di Bahau didapati memiliki rekod jenayah membabitkan dadah dan ujian air kencing lelaki berusia 24 tahun itu positif dadah.

Kes disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan.

-BERNAMA

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619