ADN

Penyelaras DUN Taman Medan giat bantu penduduk daftar program bawah ISP

3 Nov 2024, 1:30 PM
Penyelaras DUN Taman Medan giat bantu penduduk daftar program bawah ISP

SHAH ALAM, 3 NOV: Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Taman Medan giat membantu penduduk membuat pendaftaran program bawah Iltizam Selangor Penyayang (ISP).

Halimey Abu Bakar berkata inisiatif itu diambil bagi memastikan lebih ramai menerima manfaat memandangkan masih ada segelintir tidak mengetahui program berkenaan.

“Majoriti penduduk di Taman Medan daripada golongan berpendapatan rendah, sebab itu kita mahu uar-uarkan program ini supaya mereka terima manfaat yang disediakan Kerajaan Negeri.

“Selain itu, saya juga akan mengadakan perbincangan dengan pihak berkuasa tempatan bagi menyelesaikan lambakan isu penjaja haram yang menyebabkan kesesakan dan kemalangan,” katanya ketika dihubungi.

Sementara itu, Halimey turut memaklumkan Dataran Anak Muda di PJS1 dan tapak pasar di PJS bakal dinaik taraf pada tahun hadapan untuk kegunaan masyarakat.

“Dataran ini tidak boleh digunakan kerana ada kerosakan yang boleh mengakibatkan kecederaan. Dengan menaik taraf, gelanggang ini boleh digunakan semula untuk beriadah.

“Selain itu, kita mahu memasang bumbung di tapak pasar supaya memberi keselesaan kepada penduduk setempat,” katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619