AGENDA

MB: Acara sukan jadi teras dalam kalendar Tahun Melawat Selangor 2025

3 Nov 2024, 9:00 AM
MB: Acara sukan jadi teras dalam kalendar Tahun Melawat Selangor 2025
MB: Acara sukan jadi teras dalam kalendar Tahun Melawat Selangor 2025
MB: Acara sukan jadi teras dalam kalendar Tahun Melawat Selangor 2025
MB: Acara sukan jadi teras dalam kalendar Tahun Melawat Selangor 2025
MB: Acara sukan jadi teras dalam kalendar Tahun Melawat Selangor 2025

SEPANG, 3 NOV: Acara sukan dan rekreasi dijadikan teras inisiatif dalam kalendar Tahun Melawat Selangor 2025 bagi menarik kehadiran lebih ramai pelancong tempatan dan antarabangsa.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkata pelancongan sukan mampu meningkatkan ekonomi tempatan selain mewujudkan peluang pekerjaan.

[caption id="attachment_671259" align="aligncenter" width="814"] Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari ditemui media selepas melancarkan logo Tahun Melawat Selangor 2025 di reruai Tourism Selangor ketika perlumbaan Grand Prix Motosikal (MotoGP) Malaysia 2024 di Litar Antarabangsa Petronas Sepang pada 3 November. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/MEDIA SELANGOR[/caption]

“Kita akan jadikan perlumbaan Grand Prix Motosikal (MotoGP) Malaysia 2024 ini sebagai model untuk menganjurkan lebih banyak acara sukan pelancongan.

“Sukan pelancongan merupakan salah satu tarikan utama. Sukan seperti larian dan basikal sudah ada peminatnya sendiri, terbaharu sukan pickleball yang banyak dimainkan di bandar,” katanya kepada pemberita.

Terdahulu beliau melancarkan logo Tahun Melawat Selangor 2025 di reruai Tourism Selangor di Litar Antarabangsa Petronas Sepang di sini, hari ini.

Hadir sama Ketua Pegawai Eksekutif Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI Saipolyazan Mat Yusop dan Ketua Pegawai Eksekutif Tourism Selangor, Azrul Shah Mohamad.

[caption id="attachment_671254" align="aligncenter" width="726"] Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari melancarkan logo Tahun Melawat Selangor 2025 di reruai Tourism Selangor ketika perlumbaan Grand Prix Motosikal (MotoGP) Malaysia 2024 di Litar Antarabangsa Petronas Sepang pada 3 November 2024. Foto FIKRI YUSOF/MEDIA SELANGOR[/caption]

Dalam pada itu, Amirudin menambah MotoGP 2024 menerima kehadiran kira-kira 200,000 pengunjung dengan sebahagian daripadanya merupakan pelancong luar negeri dan antarabangsa.

Jelasnya, jumlah itu menunjukkan peningkatan sebanyak 10 peratus berbanding tahun lalu sekali gus membuktikan acara tersebut amat dinantikan peminat sukan permotoran.

“Perlumbaan MotoGP juga berperanan sebagai platform untuk Tourism Selangor mempromosikan warisan budaya negeri yang kaya, landskap indah dan infrastruktur termaju,” katanya.

[caption id="attachment_671255" align="aligncenter" width="811"] Aksi pelumba ketika perlumbaan Tissot Sprint pada perlumbaan Grand Prix Motosikal (MotoGP) Malaysia 2024 di Litar Antarabangsa Petronas Sepang pada 2 November 2024. Foto FIKRI YUSOF/MEDIA SELANGOR[/caption]

[caption id="attachment_671261" align="aligncenter" width="814"] Penyokong dari Sepanyol mengibarkan Jalur Gemilang dan bendera Sepanyol ketika menyaksikan perlumbaan Tissot Sprint pada perlumbaan Grand Prix Motosikal (MotoGP) Malaysia 2024 di Litar Antarabangsa Petronas Sepang pada 2 November 2024. Foto FIKRI YUSOF/MEDIA SELANGOR[/caption]

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619