AGENDA

Misteri bau busuk rumah jiran terungkai, mayat lelaki ditemukan dalam bilik tidur

2 Nov 2024, 9:07 AM
Misteri bau busuk rumah jiran terungkai, mayat lelaki ditemukan dalam bilik tidur

KOTA BHARU, 2 NOV: Misteri bau busuk dihidu jiran terungkai dengan penemuan mayat seorang lelaki berusia 53 tahun di sebuah rumah di Taman Selasih, Tanah Merah, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Tanah Merah Supt Mohd Haki Hasbullah berkata berdasarkan maklumat diterima, pihaknya telah pergi ke rumah itu dan mendapati lelaki terbabit meninggal dunia di dalam bilik tidur di tingkat atas rumah.

"Hasil siasatan, si mati tinggal bersama bapanya berusia lingkungan 90-an yang telah nyanyuk menyebabkan polis terpaksa memecahkan pintu rumah untuk membuat pemeriksaan.

"Siasatan awal mendapati kematian itu tidak mempunyai sebarang unsur jenayah dan kes diklasifikasi sebagai mati mengejut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata siasatan mempercayai lelaki itu meninggal dunia sejak lima hari lepas berdasarkan keadaan mayat yang berbau dan berulat.

Mayat katanya dihantar ke Hospital Tanah Merah untuk bedah siasat dan orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta tampil membantu siasatan.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619