AGENSI

Bantu usahawan kembang niaga, Hijrah Selangor tawar pembiayaan hingga RM50,000

2 Nov 2024, 1:45 AM

SHAH ALAM, 2 NOV: Usahawan di negeri ini yang memerlukan modal untuk mengembangkan perniagaan dipelawa memohon pembiayaan ditawarkan Yayasan Hijrah Selangor (Hijrah Selangor).

Agensi itu memaklumkan Skim i-Bisnes dan Niaga Darul Ehsan (NaDi) menyediakan pembiayaan sehingga RM50,000 kepada usahawan untuk memulakan perniagaan kecil-kecilan serta menambah modal pusingan.

“Skim i-Bisnes dan NaDi menawarkan pembiayaan sehingga RM50,000 bagi membantu usahawan. Layari hijrahselangor.com untuk maklumat lanjut atau imbas kod QR (poster di bawah) untuk permohonan dalam talian,” katanya di Facebook.

Pada 11 September, Ketua Pegawai Eksekutif Hijrah Selangor berkata pihaknya meluluskan 90,475 pembiayaan sejak awal penubuhannya pada 2015 hingga Ogos lalu.

Jelas Dato’ Mearia Hamzah, pembiayaan itu telah memanfaat 60,249 usahawan Hijrah Selangor, sekali gus membantu mereka melakukan pusingan modal perniagaan serta membeli kelengkapan perniagaan.

Sebelum ini Mearia memaklumkan pihaknya meletak sasaran untuk memberi pinjaman RM1 bilion kepada usahawan sempena sambutan ulang tahun kesembilan agensi itu pada tahun ini.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619