AGENDA

UAE hantar 12 lagi trak bawa bantuan, penuhi keperluan 30,000 rakyat Palestin

1 Nov 2024, 3:00 PM
UAE hantar 12 lagi trak bawa bantuan, penuhi keperluan 30,000 rakyat Palestin

ABU DHABI, 1 NOV: Emiriah Arab Bersatu (UAE) mengumumkan kejayaan kemasukan 12 trak membawa bantuan kepada rakyat Palestin di Semenanjung Gaza, melalui Sempadan Erez (utara Gaza) dan Sempadan Karam Abu Salem (selatan Gaza), dengan kerjasama Bantuan Pelarian Timur Dekat Amerika (Anera).

Menurut Agensi Berita Emiriah (WAM), penghantaran baharu ini – antara yang pertama memasuki Semenanjung Gaza sejak Oktober – melibatkan 12 trak membawa 150 tan bantuan kecemasan dan kemanusiaan untuk memenuhi keperluan 30,000 orang.

Sultan Mohammed Al Shamsi, Pembantu Menteri Hal Ehwal Luar bagi Hal Ehwal Pembangunan dan Pertubuhan Antarabangsa menegaskan, bantuan kemanusiaan berterusan UAE ke Gaza mencerminkan komitmen bersejarah dan teguh negara itu dalam menyokong rakyat Palestin.

UAE sedang melaksanakan pelbagai usaha untuk menangani keadaan kemanusiaan yang semakin merosot di Semenanjung Gaza.

Beliau berkata: “UAE amat komited untuk menghulurkan bantuan kepada rakyat Palestin dan melaksanakan inisiatif bantuan kemanusiaan sama ada melalui laluan darat, laut atau udara.

“Setakat ini, UAE menyediakan lebih 40,000 tan bantuan kecemasan segera dan akan meneruskan usaha meluas dan peranan peneraju bersama Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan rakan antarabangsa untuk memastikan penghantaran bantuan dengan segera, selamat dan tanpa halangan melalui semua cara yang mungkin.”

-- BERNAMA-WAM

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619