AGENDA

SKMM: U Mobile kendali Rangkaian 5G Kedua Malaysia

1 Nov 2024, 1:22 PM
SKMM: U Mobile kendali Rangkaian 5G Kedua Malaysia

PUTRAJAYA, 1 NOV: Rangkaian 5G Kedua Malaysia akan dilaksanakan oleh U Mobile Sdn Bhd, demikian menurut Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

Dalam kenyataan hari ini, SKMM memaklumkan pihaknya telah melaksanakan proses terperinci dari aspek teknikal dan komersial untuk memilih Pengendali Rangkaian Mudah Alih (MNO) yang akan melaksanakan Rangkaian 5G Kedua Malaysia.

Menurut SKMM, proses terperinci itu dilaksanakan demi memastikan potensi sebenar teknologi 5G memberi manfaat kepada rakyat, industri dan negara.

“Proses pemilihan ini melibatkan perbincangan mendalam yang merangkumi aspek teknikal dan komersial bagi memastikan setiap faktor dapat dipertimbangkan agar pelaksanaan Rangkaian 5G Kedua Malaysia berjalan lancar dan memberi impak positif kepada semua.

“Sehubungan dengan itu, Rangkaian 5G Kedua Malaysia akan dilaksanakan oleh U Mobile Sdn Bhd,” menurut kenyataan itu.

SKMM bagaimanapun memaklumkan pihak U Mobile Sdn Bhd, tertakluk kepada kelulusan SKMM adalah dibenarkan untuk bekerjasama dengan MNO lain bagi memanfaatkan kekuatan masing-masing dalam pelaksanaan Rangkaian 5G Kedua Malaysia.

SKMM akan terus memantau kemajuan pelaksanaan Rangkaian 5G Kedua Malaysia bagi memastikan pematuhan sepenuhnya terhadap semua keperluan peraturan seperti yang termaktub dalam Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588).

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619