AGENDA

MotoGP: Bagnaia muncul pelumba terpantas sesi latihan bebas di Sepang

1 Nov 2024, 8:45 AM
MotoGP: Bagnaia muncul pelumba terpantas sesi latihan bebas di Sepang

SEPANG, 1 NOV: Juara MotoGP dunia dua kali Francesco Bagnaia memulakan kempen kejuaraan MotoGP Grand Prix (GP) Malaysia 2024 dengan cemerlang apabila muncul pelumba terpantas pada sesi latihan bebas 1 (FP1) di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) di sini hari ini.

Pelumba Ducati Lenovo Team berkenaan merekodkan masa satu minit 58.795 saat (s) untuk meninggalkan pelumba Aprilia Maverick Vinales dengan kelebihan +0.743s, manakala pelumba Pertamina Enduro VR46 Racing Team Marco Bezzecchi di tempat ketiga (1:59.848s).

Sementara itu, dalam kelas Moto2, pelumba Britain Jake Dixon dari CFMOTO Aspar Team melakukan masa terpantas 2:06.255s untuk mendahului sesi latihan bebas.

Pelumba Jepun Ai Ogura dari MT Helmets-MSI berada di tempat kedua terpantas dengan catatan masa 2:06.461s, dan Marcos Ramirez dari OnlyFans American Racing Team di tempat ketiga (2:06.589).

Bagaimanapun, dua pelumba wildcard negara Muhammad Helmi Azman dan Khairul Idham Pawi dari pasukan PETRONAS MIE Racing RW gagal menyerlah apabila masing-masing menduduki tempat ke-29 (2:09.55s) dan ke-32 (2:10.195s).

Aksi Moto3 pula menyaksikan Angel Piqueras dari Leopard Racing mendominasi sesi latihan bebas dengan catatan masa 2:23.835s untuk berada di hadapan David Almansa dari Kopron Rivacold Snipers Team (2:24.355s), manakala tempat ketiga milik pelumba BOE Motorsports David Munoz (2:24.387s).

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619