AGENDA

Polis tahan lelaki miliki 35 rekod jenayah pecah rumah, curi

1 Nov 2024, 2:18 AM
Polis tahan lelaki miliki 35 rekod jenayah pecah rumah, curi

SEREMBAN, 1 NOV: Polis menahan seorang lelaki dengan 35 rekod jenayah dan dadah di parkir sebuah pasar raya di Bahau, Jempol dekat sini selepas dipercayai terlibat dalam tiga kes pecah rumah dan curi di sekitar daerah itu, dua hari lepas.

Ketua Polis Daerah Jempol Supt Hoo Chang Hook berkata lelaki berusia 38 tahun itu ditahan susulan laporan dibuat seorang wanita berusia 56 tahun selepas rumahnya di Taman Acbe dipecah masuk pada 21 Okt lepas.

“Hasil siasatan mendapati lelaki itu memanjat tembok pagar dan masuk ke rumah mangsa dengan cara membuka skru pada bahagian tingkap dapur kira-kira 5.30 pagi. Beberapa barang peribadi mangsa turut hilang dan kerugian dianggarkan berjumlah RM2,500.

“Dia mengaku melakukan pecah rumah dan curi seorang diri. Modus operandi adalah memasuki mana-mana rumah yang tidak berpenghuni atau ditinggalkan sementara waktu dengan masa untuk melakukan kegiatan tersebut sekitar 3 hingga 6 pagi,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata saringan awal mendapati lelaki itu positif dadah jenis metamfetamina dan mempunyai pelbagai rekod lampau termasuk orang dikehendaki bagi kes di bawah Seksyen 15 (4) Akta Pencegahan Jenayah 1959.

Hoo berkata suspek direman tujuh hari hingga 6 Nov ini dan kes disiasat di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan.

-BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619