AGENDA

Rakyat Malaysia diminta waspada banjir besar di Sepanyol

31 Okt 2024, 8:09 AM
Rakyat Malaysia diminta waspada banjir besar di Sepanyol

PUTRAJAYA, 31 OKT: Tiada rakyat Malaysia terjejas dalam situasi banjir besar susulan hujan lebat berterusan sejak 29 Oktober di wilayah Valencia, Sepanyol, menurut Kementerian Luar.

Dalam kenyataan hari ini, kementerian itu memaklumkan bahawa Kedutaan Besar Malaysia di Madrid sedang memantau keadaan dengan rapi dan menggesa rakyat Malaysia di Sepanyol terus berwaspada serta mematuhi panduan daripada pihak berkuasa tempatan.

"Malaysia merakamkan ucapan takziah dan simpati kepada kerajaan serta rakyat Sepanyol, khususnya mangsa yang terkesan akibat banjir ini.

"Malaysia mendoakan mereka yang cedera segera sembuh dan usaha membaik pulih harta benda serta infrastruktur dapat dilaksanakan dengan lancar," menurut kenyataan itu.

Mereka yang belum mendaftar atau mengemas kini maklumat peribadi disarankan berbuat demikian melalui https://ekonsular.kln.gov.my/.

Rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan boleh hubungi Kedutaan di Ave de los Madroños 63B, 28043 Madrid, melalui telefon di +34659894943 (talian 24 jam), atau melalui e-mel di mwmadrid@kln.gov.my.

Sepanyol sedang menghadapi bencana banjir terburuk dalam beberapa dekad, dengan sekurang-kurangnya 95 orang maut dan puluhan lagi dilaporkan hilang, selepas hujan lebat melanda wilayah timur Valencia dan kawasan sekitar, menurut laporan media antarabangsa.

Perdana Menteri Pedro Sanchez telah mengisytiharkan tiga hari berkabung ketika keadaan ekstrem itu berterusan, menyekat usaha penyelamatan.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619