AGENDA

Tengku Permaisuri berkenan Ziarah Kasih Pekawanis ke anjung selatan Selangor

27 Okt 2024, 10:08 AM
Tengku Permaisuri berkenan Ziarah Kasih Pekawanis ke anjung selatan Selangor
Tengku Permaisuri berkenan Ziarah Kasih Pekawanis ke anjung selatan Selangor
Tengku Permaisuri berkenan Ziarah Kasih Pekawanis ke anjung selatan Selangor

SEPANG, 27 OKT: Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Tengku Permaisuri Selangor berkenan mencemar duli ke program Ziarah Kasih Pertubuhan Kebajikan dan Amal Wanita Selangor (Pekawanis) ke anjung selatan Selangor, hari ini.

Menerusi program dua hari itu, Tengku Permaisuri Hajah Norashikin berkenan memulakan lawatan dengan mengunjungi Gamuda Cove.

Keberangkatan tiba Baginda disambut Yang Dipertua Pekawanis Datin Seri Masdiana Muhamad dan EXCO Pembasmian Kemiskinan V Papparaidu.

Baginda berkenan meluangkan masa hampir satu jam ke taman rekreasi Paya Indah Discovery Wetlands seluas 1,111 ekar bagi melihat keindahan alam sekitar selain dibawa melawat Hentian Tasik Sendayan serta Rumah Melayu seterusnya ke Taman Tema Air Splashmania dan Menara Berpusing Cove Aerobar.

Menerusi program itu, Baginda turut berkenan ke Hong Long Dragon Fruit Eco Farm, melawat menara buah naga terbesar di dunia dan menyaksikan pembuatan roti buah naga.

Tengku Permaisuri Selangor berkenan menyantuni pesakit buah pinggang, Suminah Jono di Kampung Bagan Lalang menerusi program Ziarah Medik Pekawanis dan menyampaikan sumbangan wang tunai serta bakul makanan.

[caption id="attachment_670224" align="aligncenter" width="923"] Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Hajah Norashikin (tengah) dan Yang Dipertua Pertubuhan Kebajikan dan Amal Wanita Selangor (Pekawanis) Datin Seri Masdiana Muhamad bersama Orang Asli Temuan pada Program Ziarah Kasih Pekawanis 2.0 Bersama DYMM Permaisuri Selangor ke anjung selatan Selangor 2024 di Rumah Melayu Gamuda Cove pada 27 Oktober 2024. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/MEDIASELANGOR[/caption]

Pada sebelah malam, Tengku Permaisuri Hajah Norashikin dijadual berangkat ke majlis jalinan kasih bersama rakyat dan melawat Kuil Fo Guang Shan Dong Zen.

Menerusi majlis itu, Tengku Permaisuri Selangor berkenan membuat teh cina dan melukis bunga sakura yang menjadi lambang keharmonian.

Februari lalu, Tengku Permaisuri Hajah Norashikin berkenan mencemar duli bertemu rakyat menerusi program Ziarah Kasih Pekawanis yang memulakan siri jelajah ke anjung utara Selangor.

Antara lokasi dikunjungi Baginda Rumah Gubuk Antik, Sungai Air Tawar dan Pasar Budaya Palong, Parit 8, Sungai Panjang. Baginda turut berkenan menyampaikan sumbangan kepada pesakit terlantar di Sungai Terap.

[caption id="attachment_670228" align="aligncenter" width="1129"] Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Hajah Norashikin bersama Yang Dipertua Pertubuhan Kebajikan dan Amal Wanita Selangor (Pekawanis) Datin Seri Masdiana Muhamad memberi makan badak air pada Program Ziarah Kasih Pekawanis 2.0 Bersama DYMM Permaisuri Selangor ke anjung selatan Selangor 2024 di Rumah Melayu Gamuda Cove pada 27 Oktober 2024. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/MEDIASELANGOR[/caption]

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619