AGENDA

Himpunan NGO di Teluk Intan tiada kebenaran polis

27 Okt 2024, 6:28 AM
Himpunan NGO di Teluk Intan tiada kebenaran polis

IPOH, 27 OKT: Polis sedang menjalankan sisatan berhubung satu perhimpunan gabungan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di Dataran Menara Condong Teluk Intan semalam, kata Ketua Polis Perak Datuk Azizi Mat Aris.

Beliau berkata pihak yang berkaitan tidak memaklumkan kepada polis mengenai penganjuran perhimpunan itu.

Sehubungan itu beliau berkata polis menyiasat kes berkenaan di bawah Seksyen 9(1) Akta Perhimpunan Aman 2012, dan perintah untuk siasat (OTI) akan dipohon bagi tujuan siasatan lanjut.

“Pihak yang terlibat akan dipanggil untuk dirakam percakapan bagi melengkapkan kertas siasatan.

“Kira-kira 400 orang berkumpul di Dataran Menara Condong Teluk Intan sempena Himpunan Kibarkan Jalur Gemilang. Perhimpunan itu turut dihadiri Pesuruhjaya PAS Perak (Razman Zakaria),” katanya dalam kenyataan hari ini.

-BERNAMA

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619