AGENDA

Peniaga khemah biru pantai Port Dickson diarah henti operasi

27 Okt 2024, 5:40 AM
Peniaga khemah biru pantai Port Dickson diarah henti operasi

PORT DICKSON, 27 OKT: Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD) mengarahkan semua peniaga khemah biru di pantai Port Dickson menghentikan aktiviti perniagaan sewaan khemah mulai 18 Nov ini.

Yang Dipertua MPPD Hasnor Abd Hamid berkata notis arahan menghentikan perniagaan berkenaan melibatkan Pantai Telok Kemang, Pantai Tanjung Biru dan Pantai Cermin.

Beliau berkata ia sebagai langkah persediaan bagi menambah baik perniagaan khemah di pusat peranginan berkenaan.

"Pengusaha khemah juga dikehendaki melakukan pembersihan termasuk mengalihkan semua peralatan seperti khemah, meja, kerusi, payung, struktur atau binaan tempat simpanan dan sebagainya," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Selain itu, beliau berkata mereka dilarang untuk memulakan apa-apa perniagaan sebagai ganti dan jika tidak dipatuhi tindakan akan diambil mengikut Seksyen 46 Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 (Akta 133).

Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Aminuddin Harun sebelum ini dilaporkan berkata isu berkaitan kawasan Pantai Telok Kemang itu menimbulkan rungutan dalam kalangan pengunjung dan akan diselesaikan menjelang penghujung tahun ini.

Ahli Parlimen Port Dickson itu berkata proses perbincangan dijalankan bersama peniaga sewaan khemah terbabit bagi mencari kaedah penyelesaian termasuk berkemungkinan konsep baharu khemah akan digunakan.

-BERNAMA

 

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619