AGENDA

Ribut Tropika Trami di Filipina ragut 81 nyawa, 34 lagi hilang

26 Okt 2024, 2:33 PM
Ribut Tropika Trami di Filipina ragut 81 nyawa, 34 lagi hilang

MANILA, 26 OKT: Pejabat Pertahanan Awam (OCD) di Filipina melaporkan 81 kematian akibat kesan dahsyat Ribut Tropika Kristine (Trami) yang melanda pelbagai kawasan di dalam negara minggu ini.

Menurut Agensi Berita Filipina (PNA), Pentadbir OCD, Setiausaha Rendah Ariel Nepomuceno berkata angka ini masih “tertakluk kepada pengesahan” untuk menentukan sama ada kematian mangsa berkaitan secara langsung dengan ribut itu.

"Sebanyak 81 kematian dilaporkan oleh pejabat wilayah kami. Angka itu akan disahkan oleh Polis Nasional Filipina (PNP) yang kemudiannya akan menyerahkannya kepada Jabatan Dalam Negeri dan Kerajaan Tempatan (DILG)," katanya.

Lebih separuh daripada jumlah korban dicatatkan di Wilayah Calabarzon dengan 48 kematian, diikuti Bicol, 28.

Berdasarkan data yang dikeluarkan OCD, sekurang-kurangnya dua kematian dilaporkan di Wilayah Cordillera, satu di Ilocos, satu di Luzon Tengah, dan satu di Semenanjung Zamboanga.

Bilangan individu yang hilang telah meningkat kepada 34, dengan kebanyakannya dipercayai terperangkap akibat tanah runtuh.

"Semoga kami masih dapat mengesan mereka, tetapi ramai mungkin menjadi mangsa tanah runtuh," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619