AGENDA

Perluas niaga, 30 usahawan IKS Selangor sertai Showcase Satu Daerah Satu Industri

26 Okt 2024, 10:04 AM
Perluas niaga, 30 usahawan IKS Selangor sertai Showcase Satu Daerah Satu Industri
Perluas niaga, 30 usahawan IKS Selangor sertai Showcase Satu Daerah Satu Industri
Perluas niaga, 30 usahawan IKS Selangor sertai Showcase Satu Daerah Satu Industri
Perluas niaga, 30 usahawan IKS Selangor sertai Showcase Satu Daerah Satu Industri

SHAH ALAM, 26 OKT : Seramai 30 usahawan industri kecil dan sederhana dari Selangor menyertai Showcase Satu Daerah Satu Industri (SDSI) Wilayah Tengah di Kompleks Pejabat Kerajaan Daerah Petaling, di Seksyen U15, di sini.

EXCO keusahawanan berkata program anjuran Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) yang turut menghimpunkan usahawan dari Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan memboleh mereka membina jaringan dan melebarkan perniagaan.

Mohd Najwan Halimi menambah, program tiga hari sehingga esok menjadi medan terbaik buat usahawan makanan dan minuman, kesihatan, kraf dan inap desa mempromosikan produk dan perkhidmatan mereka.

[caption id="attachment_670090" align="aligncenter" width="795"] EXCO Keusahawanan Mohd Najwan Halimi berucap ketika Majlis Perasmian Showcase Satu Daerah Satu Industri (SDSI) Wilayah Tengah di Kompleks Pejabat Kerajaan Daerah Petaling, Seksyen U15, Shah Alam pada 26 Oktober 2024. Foto HARUN TAJUDIN/MEDIA SELANGOR[/caption]

“Terima kasih kepada KUSKOP kerana sudi menganjurkan program ini dengan memilih Petaling sebagai tuan rumah. Semoga ia dapat diperluas lagi di daerah lain pada masa akan datang.

"Program ini secara tidak langsung dapat membantu semua usahawan terlibat membina jaringan perniagaan mereka,” katanya ketika berucap.

Terdahulu, SDSI Wilayah Tengah disempurnakan Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Seri R. Ramanan.

Berucap ketika merasmikan program itu, Ramanan berkata selain jualan produk dan perkhidmatan usahawan SDSI, pengunjung juga berpeluang mendapatkan barangan keperluan di Jualan Madani Koperasi Usahawan dengan potongan harga hingga 50 peratus sempena Deepavali.

[caption id="attachment_670091" align="aligncenter" width="729"] Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Seri R. Ramanan berucap ketika Majlis Perasmian Showcase Satu Daerah Satu Industri (SDSI) Wilayah Tengah di Kompleks Pejabat Kerajaan Daerah Petaling, Seksyen U15, Shah Alam pada 26 Oktober 2024. Foto HARUN TAJUDIN/MEDIA SELANGOR[/caption]

“Kita anggar lebih 3,000 orang awam berkunjung ke jualan ini sepanjang tiga hari berlangsung. KUSKOP berharap pelaksanaan Showcase SDSI ini dapat merancakkan aktiviti keusahawanan dan koperasi di wilayah tengah sekali gus meningkatkan daya saing usahawan,” katanya.

Selain jualan murah, pengunjung berpeluang menikmati tawaran diskaun saman Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebanyak 50 peratus.

Program berkenaan turut menyediakan jualan kendera saji dan jualan Anekarasa Madani yang menghidangkan pelbagai menu unik dan terkenal.

[caption id="attachment_670088" align="aligncenter" width="802"] Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Sri R Ramanan diiringi EXCO Keusahawanan Mohd Najwan Halimi melancarkan Jualan Madani Koperasi Usahawan dengan potongan harga 50 peratus sempena Deepavali di Showcase Satu Daerah Satu Industri (SDSI) Wilayah Tengah di Kompleks Pejabat Kerajaan Daerah Petaling, Seksyen U15, Shah Alam pada 26 Oktober 2024. Foto HARUN TAJUDIN/MEDIA SELANGOR[/caption]

Penganjuran SDSI bertujuan memperluas rantaian perniagaan antara usahawan dengan pembeli, pengedar, ejen pemasaran, stokis, pengimport serta pasar raya besar dalam dan luar negara.

Showcase tersebut juga bertujuan menyediakan medium pemasaran produk dan perkhidmatan yang berkualiti, memberi kesedaran, meningkatkan akses dan peluang pembiayaan perniagaan kepada usahawan.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619