AGENDA

Penjawat awam beragama Hindu boleh guna cuti tanpa rekod sebelum, selepas Deepavali

25 Okt 2024, 3:14 PM
Penjawat awam beragama Hindu boleh guna cuti tanpa rekod sebelum, selepas Deepavali

KUALA LUMPUR, 25 OKT: Pegawai Perkhidmatan Awam beragama Hindu boleh memilih menggunakan Cuti Tanpa Rekod (CTR) sempena perayaan Deepavali selama satu hari, sama ada sehari sebelum atau pada hari kedua perayaan itu, bermula tahun ini.

Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dalam kenyataan memaklumkan penggunaan CTR itu tertakluk kepada penerimaan oleh pihak berkuasa masing-masing dan surat edaran mengenai perkara itu sudah dipanjangkan kepada semua Perkhidmatan Awam Negeri, Pihak Berkuasa Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan.

“Hari Deepavali pada tahun ini jatuh pada Khamis, 31 Oktober 2024. Sehubungan itu CTR selama satu hari kepada Pegawai Perkhidmatan Awam yang menganut agama Hindu dan berkhidmat di negeri yang Hari Deepavali merupakan cuti umum adalah pada Rabu, 30 Oktober 2024 atau Jumaat, 1 November 2024.

“Kerajaan mengucapkan selamat Hari Deepavali dan semoga cuti tambahan ini dapat memberi lebih ruang kepada pegawai untuk menyambut perayaan tersebut bersama keluarga,” menurut kenyataan itu.

31 Oktober 2024 diisytiharkan sebagai Hari Kelepasan Am Persekutuan sempena Hari Deepavali di Malaysia.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619