SELANGOR

Enam kereta rosak dihempap papan tanda

25 Okt 2024, 1:21 PM
Enam kereta rosak dihempap papan tanda

SHAH ALAM, 25 OKT: Enam kereta yang diparkir di pekarangan sebuah pasar raya di Puncak Alam dekat sini rosak akibat dihempap papan tanda dalam kejadian angin kencang petang tadi.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata kejadian itu turut melibatkan seorang wanita warga tempatan, namun tiada kecederaan dilaporkan.

"Mangsa berusia 45 tahun dikeluarkan orang awam dan dihantar ke klinik berhampiran sebelum bomba tiba di lokasi," katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu tular menerusi media sosial video insiden berkenaan yang difahamkan berlaku kira-kira 3 petang dengan deretan kereta rosak akibat dihempap papan tanda.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619