AGENDA

Penganggur ditahan rempuh pelajar main bola tampar dalam kawasan sekolah

24 Okt 2024, 2:30 AM
Penganggur ditahan rempuh pelajar main bola tampar dalam kawasan sekolah

IPOH, 24 OKT: Polis menahan seorang lelaki yang disyaki terlibat dengan kejadian langgar lari membabitkan seorang pelajar perempuan berusia 13 tahun di dalam kawasan sebuah sekolah menengah di Taman Bintang, Pantai Remis petang semalam.

Ketua Polis Daerah Manjung ACP Hasbullah Abd Rahman berkata penganggur berumur 47 tahun yang ditahan pada hari yang sama, telah dirujuk ke hospital Hospital Seri Manjung untuk rawatan lanjut kerana disyaki keadaan mentalnya tidak stabil.

Beliau berkata dalam kejadian semalam, pada kira-kira pukul 6.24 petang polis menerima laporan mengenai kejadian sebuah kenderaan jenis Myvi yang dipandu secara berbahaya telah melanggar seorang pelajar sekolah.

“Kejadian berlaku pada kira-kira pukul 5.30 petang, apabila kenderaan dipandu suspek meluru dan melanggar pintu pagar sebuah gelanggang bola keranjang sehingga roboh,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Hasbullah berkata suspek kemudian memandu masuk ke dalam kawasan sekolah, menghala ke arah dewan, dan melanggar seorang pelajar perempuan yang sedang berlatih bola tampar bersama pelajar lain, sebelum terus beredar.

Beliau berkata pejalar itu sedang menerima rawatan di Hospital Seri Manjung akibat kecederaan di bahagian kaki kiri.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh. Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kes ini boleh menghubungi pegawai penyiasat Insp Nur Munawara Ahmad dengan menelefon talian 011-1624 0391 atau bilik gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Manjung di talian 05-688 6222 bagi membantu siasatan,” katanya.

-BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619