SHAH ALAM, 23 OKT: Pelaksanaan projek rintis bagi memperoleh baja termasuk baja organik yang diumum pada Belanjawan 2025 disifatkan sebagai inisiatif yang baik untuk menjaga alam sekitar.
EXCO Pertanian Ir Izham Hashim berkata Selangor sudah menggunakan baja organik dalam pertanian dan tidak memberi baja kimia yang berbahaya kepada warga petani sejak 2018 lagi.
[caption id="attachment_669266" align="aligncenter" width="792"] EXCO Pertanian Ir Izham Hashim bercakap kepada media pada Majlis Penyerahan Bantuan 5 Tekad 5 Tahun Kerajaan Selangor di Auditorium, Dewan Jubli Perak di bangunan pentadbiran negeri, Shah Alam pada 21 Oktober 2024. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/MEDIASELANGOR[/caption]
"Kita sokong penggunaan baja organik kerana selain menjaga alam sekitar, ia mengurangkan risiko pencemaran air dan warga tani tidak terdedah dengan penyakit.
"Sudah tiba masanya petanian di negara kita bertukar ke baja organik bagi menjaga alam sekitar," kata kepada Selangorkini.
Perdana Menteri ketika membentangkan Belanjawan 2025 pada Jumaat lalu memaklumkan Kerajaan akan memulakan projek rintis bagi memperoleh baja termasuk baja organik mengikut kawasan penanaman padi secara tender terbuka.
Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, sebanyak RM65 juta disediakan bagi membangunkan perairan dan saliran jelapang padi selain meluaskan estet Felcra di Sabah serta Sarawak.