AGENDA

Amirudin: Kerajaan Perpaduan simbol kemakmuran, bawa manfaat kepada rakyat

20 Okt 2024, 8:46 AM
Amirudin: Kerajaan Perpaduan simbol kemakmuran, bawa manfaat kepada rakyat
Amirudin: Kerajaan Perpaduan simbol kemakmuran, bawa manfaat kepada rakyat

SHAH ALAM, 20 OKT:  Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) akan terus mendokong dan dan memperkasa sinergi bagi mengekalkan pentadbiran Kerajaan Perpaduan.

Naib Presiden Dato' Seri Amirudin Shari berkata Kerajaan Perpaduan adalah koalisi yang cukup kuat untuk menerajui negara serta sebagai simbol kesepakatan yang mewakili semua kaum di Malaysia.

"Semalam saya telah merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Cabang Setiawangsa. Terima kasih kepada sahabat saya YB Nik Nazmi, Ketua Cabang kerana telah mengundang saya untuk bersama-sama dengan Cabang Setiawangsa.

"Dalam ucapan, saya ingatkan ahli parti supaya sentiasa bersatu padu dan terus memperkasa Kerajaan Perpaduan.

"Insya-Allah, kestabilan ini akan terus dijaga demi kemakmuran yang membawa manfaat dan perubahan terutama dari aspek pembangunan kepada rakyat," katanya di Facebook.

[caption id="attachment_669102" align="aligncenter" width="700"] Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) Dato’ Seri Amirudin Shari bergambar bersama pimpinan KEADILAN Cabang Setiawangsa selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Cabang Setiawangsa 2024 pada 19 Oktober 2024. Foto Facebook Amirudin Shari[/caption]

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619