AGENDA

JPJ: Bidaan siri nombor plat 'MADANI' dibuka hingga Rabu

20 Okt 2024, 8:21 AM
JPJ: Bidaan siri nombor plat 'MADANI' dibuka hingga Rabu

PUTRAJAYA, 20 OKT: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah membuka bidaan Nombor Pendaftaran Istimewa (NPI) Siri MADANI dengan harga minimum serendah RM100, yang bermula semalam dan akan berakhir pada pukul 10 malam, Rabu ini.

Proses bidaan ini dilakukan melalui Sistem JPJeBid.

Datuk Aedy Fadly Ramli dalam kenyataan hari ini berkata keputusan bidaan NPI tersebut akan diumumkan pada Khamis dan nombor pendaftaran yang berjaya dibida mesti didaftarkan dalam tempoh 12 bulan dari tarikh surat keputusan bidaan rasmi dikeluarkan.

"Kaedah penawaran secara bidaan ini adalah tertakluk kepada Terma dan Syarat sedia ada yang telah ditetapkan melalui Sistem JPJeBid," katanya.

Beliau berkata harga bidaan minimum bagi siri nombor plat berkenaan ditetapkan mengikut kategori iaitu RM20,000 untuk 'Nombor Utama', RM5,000 (Nombor Premium), RM2,500 (Nombor Menarik), RM500 (Nombor Popular) dan RM100 (Nombor Semasa).

Mengulas mengenai NPI itu, Aedy Fadly berkata ia merupakan inisiatif kerajaan untuk menyokong agenda Malaysia MADANI sekali mempromosikan nilai MADANI yang menjadi cerminan jiwa dan aspirasi negara dalam kehidupan rakyat Malaysia.

Katanya hasil penjualan akan digunakan untuk merealisasikan hasrat Kerajaan dalam pelaksanaan inisiatif di bawah Kementerian Pengangkutan seperti Program MyLESEN, Program Pertukaran Topi Keledar, FlySISWA, Pembayaran PERKESO kepada pemandu teksi dan pelbagai inisiatif yang lain.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619