AGENDA

Perkhidmatan internet terputus sepenuhnya di utara Semenanjung Gaza

19 Okt 2024, 2:00 PM
Perkhidmatan internet terputus sepenuhnya di utara Semenanjung Gaza

GAZA, 19 OKT: Syarikat Telekomunikasi Palestin (Paltel Group) mengumumkan gangguan sepenuhnya perkhidmatan internet di wilayah utara Semenanjung Gaza yang telah mengalami pembunuhan beramai-ramai berterusan dan pemindahan paksa oleh pasukan pendudukan selama 15 hari, lapor Agensi Berita Palestin (WAFA).

"Gangguan itu melibatkan kebanyakan kawasan di utara Gaza yang didahului dengan gangguan berperingkat sebelum terputus sepenuhnya, dengan menyatakan bahawa kru syarikat sedang bekerja keras untuk memulihkan perkhidmatan secepat mungkin." Dalam satu kenyataan, syarikat itu berkata,

Gangguan komunikasi dan internet di beberapa kawasan di kem Jabalia menjejaskan keupayaan rakyat untuk berhubung dengan kru pertahanan awam dan perkhidmatan perubatan.

Sejak bermulanya pencerobohan pasukan pendudukan pada 7 Oktober tahun lalu, perkhidmatan komunikasi dan internet di Gaza telah terganggu beberapa kali akibat pengeboman berterusan yang menjejaskan infrastruktur rangkaian komunikasi, atau akibat kehabisan bahan api.

Paltel sebelum ini mengumumkan kematian beberapa pekerjanya semasa mereka sedang bekerja untuk memulihkan komunikasi bagi rakyat di Gaza.

- BERNAMA-WAFA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619