AGENDA

Terperdaya tawaran pelaburan di WhatsApp, suri rumah rugi RM690,000

19 Okt 2024, 12:15 PM
Terperdaya tawaran pelaburan di WhatsApp, suri rumah rugi RM690,000

KUANTAN, 19 OKT: Seorang suri rumah kerugian RM690,000 selepas terpedaya skim pelaburan tidak wujud dalam talian yang menjanjikan pulangan berganda.

Ketua Polis Pahang Datuk Seri Yahaya Othman berkata wanita berusia 42 tahun itu tertarik untuk menyertai pelaburan berkenaan melalui aplikasi WhatsApp dan diminta mendaftar dalam satu sistem, Julai lepas.

Beliau berkata mangsa kemudian telah diberikan latihan oleh suspek untuk membeli saham melalui pautan yang diberikan pada Julai dan Ogos lepas.

“Dalam tempoh 17 Julai hingga 14 Okt, mangsa telah melakukan 25 transaksi ke dua akaun bank yang diberikan suspek.

“Mangsa kemudian telah menerima pulangan dalam anggaran RM50,000 dan melabur semula sehingga kerugian sebanyak RM690,000. Sumber kewangan mangsa adalah daripada wang simpanan sendiri,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sehubungan itu, Yahaya menasihati orang ramai agar tidak mudah percaya dengan pelaburan yang menawarkan keuntungan lumayan dalam masa singkat.

-- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619