AGENSI

Tengku Permaisuri berkenan persembah demonstrasi masakan di SIBS

19 Okt 2024, 7:50 AM
Tengku Permaisuri berkenan persembah demonstrasi masakan di SIBS
Tengku Permaisuri berkenan persembah demonstrasi masakan di SIBS
Tengku Permaisuri berkenan persembah demonstrasi masakan di SIBS

SHAH ALAM, 19 OKT: Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Tengku Permaisuri Selangor berkenan berangkat ke Sidang Kemuncak Perniagaan Antarabangsa Selangor (SIBS) 2024 siri kedua di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), semalam.

Tengku Permaisuri Hajah Norashikin mempersembah demonstrasi memasak bersama cef selebriti Datuk Ismail Ahmad atau Cef Ismail  bersempena Ekspo Antarabangsa Selangor (SIE F&B).

Menurut Selangor Royal Office di Facebook, Baginda yang diiringi Yang Dipertua Pertubuhan Kebajikan dan Amal Wanita Selangor (Pekawanis) Datin Seri Masdiana Muhamad kemudiannya melawat reruai di SIE F&B dan menyantuni pempamer dalam industri penghasilan produk makanan.

[caption id="attachment_668970" align="aligncenter" width="810"] Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Hajah Norashikin diiringi ang Dipertua Pertubuhan Kebajikan dan Amal Wanita Selangor (Pekawanis) Datin Seri Masdiana Muhamad melawat reruai Ekspo Antarabangsa Selangor (SIE F&B) di Sidang Kemuncak Perniagaan Antarabangsa Selangor (SIBS) 2024 siri kedua di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) pada 18 Oktober 2024. foto Facebook Selangor Royal Office[/caption]

Persidangan SIBS 2024 siri dua berlangsung selama empat hari sejak 16 Oktober lalu meliputi SIE F&B, Konvensyen Sains Hayat Selangor (SLC) serta Konvensyen Bandar Pintar dan Ekonomi Digital Selangor (SDEC).

Sebelum ini, EXCO Pelaburan Ng Sze Han menyasar SIBS kali ini mencatat nilai transaksi hampir RM1 bilion. SIBS siri pertama pada Julai lalu meraih RM12.2 bilion.

[caption id="attachment_668489" align="aligncenter" width="812"] Orang ramai menghadiri Sidang Kemuncak Perniagaan Antarabangsa Selangor (SIBS) 2024 siri kedua di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), Kuala Lumpur pada 16 Oktober 2024. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/MEDIA SELANGOR[/caption]

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619