AGENDA

Malaysia berduka, pembunuhan Yahya Sinwar tidak melemah tuntutan bebas Palestin

19 Okt 2024, 4:57 AM
Malaysia berduka, pembunuhan Yahya Sinwar tidak melemah tuntutan bebas Palestin

KUALA LUMPUR, 19 OKT: Malaysia berduka atas kehilangan seorang pejuang dan pembela rakyat Palestin, Al Syahid Yahya Sinwar yang dibunuh ganas oleh rejim biadab Zionis.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Malaysia mengutuk keras pembunuhan Ketua Biro Politik Hamas itu dan ternyata percubaan rejim Israel untuk melemahkan tuntutan pembebasan Palestin tidak akan berjaya.

“Sekali lagi komuniti antarabangsa gagal memperjuang serta memastikan keamanan dan keadilan tertegak, lantas memburukkan lagi situasi konflik,” katanya menerusi catatan di Facebooknya hari ini.

Perdana Menteri berkata Malaysia mendesak agar kebiadaban Israel disanggah komuniti antarabangsa dan pembantaian berterusan warga Palestin mesti segera dihentikan.

Semalam Hamas mengesahkan Yahya Sinwar terbunuh dalam serangan Israel pada Khamis.

Yahya Sinwar dilantik sebagai Ketua Biro Politik Hamas menggantikan Ismail Haniyeh yang dibunuh di Tehran, Iran pada bulan Ogos lepas.

-- BERNAMA

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619