ad
AGENDA

Percukaian: Apa yang berubah, apa yang bertambah?

19 Okt 2024, 12:00 AM
Percukaian: Apa yang berubah, apa yang bertambah?
Percukaian: Apa yang berubah, apa yang bertambah?
Percukaian: Apa yang berubah, apa yang bertambah?
Percukaian: Apa yang berubah, apa yang bertambah?
Percukaian: Apa yang berubah, apa yang bertambah?
Percukaian: Apa yang berubah, apa yang bertambah?
Percukaian: Apa yang berubah, apa yang bertambah?

SHAH ALAM, 19 OKT: Belanjawan 2025 yang dibentang oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Menteri Kewangan semalam mencadangkan beberapa insentif percukaian.

Ini termasuk pelepasan dan pengecualian cukai, peluasan skop percukaian serta lanjutan tempoh insentif sedia ada, bertujuan untuk menggalakkan pengembangan beberapa bidang antaranya kesihatan, pendidikan serta kebajikan rakyat keseluruhannya.

Berikut adalah sebahagian perubahan cukai yang dicadangkan oleh Kerajaan Madani bermula tahun depan:

CUKAI JUALAN & CUKAI PERKHIDMATAN

[caption id="attachment_666761" align="aligncenter" width="688"] Orang ramai membeli barangan keperluan asas dalam program Jualan Ehsan Rahmah (JER) di Pasar Raya Ehsan Mart Sungai Tua Dataran Selayang, Gombak pada 6 Oktober 2024. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/MDIA SELANGOR[/caption]

Cukai jualan tidak akan dikenakan ke atas barang makanan asas. Antara barang makanan asas termasuk beras, gula, garam, tepung, telur, dan minyak.

Bagaiamanapun, cukai jualan akan dikenakan ke atas barangan bukan keperluan asas, misalnya barang premium yang diimport seperti ikan salmon dan avocado.

Skop cukai perkhidmatan pula akan diperluas kepada perkhidmatan komersial antaranya perkhidmatan kewangan berasaskan fi, berkuat kuasa 1 Mei 2025.

“Kerajaan akan melaksanakan sesi libat urus dengan pihak berkepntingan serta industri berkaitan sebelum memuktamadkan skop peluasan dan kadar cukai yang dikenakan,” kata Datuk Seri Anwar.

Semua perubahan ini akan dilaksanakan “secara progresif dan tidak membebankan rakyat awam”.

CUKAI DIVIDEN

[caption id="attachment_665197" align="aligncenter" width="690"] Orang ramai hadir bagi mendapatkan penyata akaun ketika tinjauan di Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) Cawangan Shah Alam, Seksyen 15, Shah Alam pada 2 Mac 2021. Foto BERNAMA[/caption]

Cukai 2% ke atas pendapatan dividen lebih RM100,000 mulai tahun taksiran 2025, iaitu cukai yang akan dibayar pada 2026.

Cukai ini dikecualikan bagi pendapatan dividen daripada simpanan kerajaan misalnya Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), amanah saham bawah Perbadanan Nasional Berhad (PNB), dan pendapatan dividen dari luar negara.

Langkah ini akan meluaskan pendapatan cukai kerajaan dan tidak hanya bergantung kepada cukai daripada penerima gaji.

PELEPASAN CUKAI INDIVIDU

[caption id="attachment_610937" align="aligncenter" width="667"] Petugas Taska OKU Little Leaders Child Care Centre (LLCC) menunjukkan latihan yang diberikan kepada kanak-kanak istimewa sempena perasmian pusat berkenaan di Shah Alam pada 31 Oktober 2023[/caption]

Jenis pelepasan:

  • Bagi bayaran premium insurans pendidikan dan insurans perubatan dinaikkan kepada RM4,000, berbanding RM3,000 sekarang.
  • Bagi rawatan dan pemulihan anak autisme dinaikkan ke RM6,000 berbanding RM4,000 sekarang.
  • Perbelanjaan perubatan sehingga RM10,000 kini meliputi kos perubatan yang dibayar bersama oleh pembayar cukai di bawah produk insurans atau takaful.
  • Bagi pembayar cukai OKU atau yang pasangannya OKU dinaikkan RM1,000, masing-masing menjadi RM7,000 dan RM6,000.
  • Pengecualian cukai bagi pendapatan dari luar negara dilanjutkan sehingga 31 Disember 2036.
  • Caruman ke Skim Persaraan Swasta dan bayaran premium anuiti tertangguh diberi pelepasan cukai pendapatan sehingga tahun taksiran 2030.
  • Simpanan bersih dalam SSPN dapat pelepasan cukai lagi sehingga 2027.

GALAKAN UNTUK PENDIDIKAN

  • Gaji atau upah kepada tenaga pengajar oleh institusi dengan objektif pendidikan dibenarkan sebagai perbelanjaan kebajikan.
  • Syarikat yang menyumbang peralatan atau mesin baharu kepada institusi latihan kemahiran awam, politeknik atau kolej vokasional berdaftar antara 2025 dan 2027 akan diberi potongan cukai.
  • Potongan cukai khas untuk membangunkan kursus baharu di IPTS melibatkan antaranya tekonologi digital dan kecerdasan buatan (AI).

    [caption id="attachment_645286" align="aligncenter" width="724"] Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim (kanan) mendengar penerangan berkenaan portal kecerdasan buatan (AI) Untuk Rakyat yang dirasmikan di Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Universiti Putra Malaysia pada 16 Januari 2024. Foto Facebook BERNAMA[/caption]

GALAKAN UNTUK PERUMAHAN

  • Pelepasan cukai individu sama ada RM5,000 atau RM7,000 diberikan untuk bayaran faedah pinjaman perumahan bagi menggalakkan rakyat memiliki rumah pertama. Pelepasan ini adalah bagi perjanjian jual beli yang disempurnakan antara 1 Januari 2025 hingga 31 Disember 2027, melibatkan rumah berharga bawah RM500,000 dan tidak lebih RM750,000.

GALAKAN UNTUK MAJIKAN

  • Majikan mendapat potongan cukai tambahan 50% jika:
  • Menggaji wanita kembali bekerja untuk setahun.
  • Mengeluarkan kos untuk melaksanakan sistem kerja fleksibel.
  • Memberi kemudahan cuti tambahan berbayar sehingga 12 bulan kepada pekerja yang menjaga anak atau ahli keluarga yang sakit atau kurang upaya.

    [caption id="attachment_654739" align="aligncenter" width="824"] Peserta wanita bergambar beramai-ramai sambil mengibarkan Jalur Gemilang dengan bangga di Dewan Acara Cyber[/caption]

GALAKAN UNTUK SUKAN

  • Ganjaran hadiah wang tunai kepada atlet bawah Skim Hadiah Kemenangan Sukan oleh kerajaan melalui Majlis Sukan Negara (MSN) dikecualikan cukai pendapatan.

GALAKAN UNTUK KESIHATAN

  • Kadar duti eksais bagi minuman bergula naik 40 sen, menjadikannya 90 sen seliter mulai 1 Januari 2025. Dalam Belanjawan 2024, kadar itu dinaikkan daripada 40 sen kepada 50 sen. Duti ini dikenakan antaranya ke atas minuman berkabonat, susu berperisa, dan jus buah-buahan. Duti itu mula dikenakan sejak 2019.
  • Pelepasan cukai perubatan untuk individu, pasangan dan anak akan meliputi pemeriksaan kesihatan penuh, pemeriksaan atau rundingan kesihatan mental, pembelian kit dan peralatan ujian kesihatan kendiri.
  • Potongan cukai bersamaan jumlah sumbangan sebenar bagi sumbangan ke Tabung Penyakit Jarang Jumpa.

    [caption id="attachment_662339" align="aligncenter" width="716"] Orang ramai menyertai program saringan kesihatan percuma, Selangor Saring DUN Subang Jaya di Dewan MBSJ, Subang Jaya pada 8 September 2024. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/MEDIA SELANGOR[/caption]

GALAKAN UNTUK KEBAJIKAN

  • Untuk menggalakkan rakyat menyumbang kepada usaha membantu rakyat Palestin, pelepasan cukai atas sumbangan kepada badan amal akan meliputi sumbangan kepada bukan warganegara yang terjejas.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.